Memiliki kulit cantik dan awet muda memang jadi  impian setiap wanita. Cantik seiring dengan percaya pada keyakinan diri, namun usia tetap berganjak dari setahun ke setahun. Bertambah usia makanya bertambahlah kedutan di muka.

Jadi tidak hairanlan jika ramai wanita melakukan pelbagai rawatan ekstra terutamanya pada kulit wajah. Namun, selain perawatan di atas sebenarnya ada 6 tip mudah agar awet muda dan cantik alami cara Islam.

Tidak perlu keluarkan bajet mahal untuk memperbaiki kulit wajah, sebaliknya yang yang diamalkan ini adalah dari ajaran Nabi Muhammad SAW.

1. Islam selalu mengajarkan bagaimana berperilaku dan berfikir yang baik agar aura positif selalu terpancar dari diri. Sebagai teladan semua umat islam, Nabi Muhammad telah memberikan contoh perilaku yang positif dengan sangat jelas.

2. Taat ibadah, sabar, bersyukur, dan solat, merupakan satu amalan yang tidak boleh dipisahkan dari diri umat Islam. Wajib  ke atas kita menunaikan solat dan selalu bersyukur dalam keadaan  apa sekali pun.

3. Fikiran dan hati harus tenang. Fikiran stres dan hati yang tidak tenteram akan membuat sel-sel lebih cepat mati yang boleh membuat kita kelihatan lebih tua.

4. Mengamalkan pola makanan yang  sihat. Makanan yang sehat adalah makanan yang seimbng antara sayur-sayuran, buah-buahan, dan juga daging. Nabi juga mengajarkan untuk makan tidak terlalu kenyang, untuk membahagi ruang perut menjadi tiga bagian, 1/3 makanan, 1/3 air, dan 1/3 udara.

5. Puasa sunat,
 selain baik untuk kesihatan tubuh, puasa sunat juga baik untuk perawatan wajah dan kecantikan.

6. Rajin memakai minyak zaitun di wajah
Minyak zaitun memiliki manfaat yang sangat luar biasa untuk wajah karena bisa menjaga kelembapan wajah dan mengatur kadar minyak di wajah. Apalagi anda hidup di negara metropolitan yang dilintasi oleh garis khatulistiwa. Penting sekali untuk menjaga wajah anda tetap lembab.

 Ekstra Tip:

1. Berwuduk

Wuduk merupakan salah satu syarat wajib sebelum melakukan ibadah solat, bertujuan untuk membersihkan kotoran yang pada tubuh kita. Namun, dibalik itu ternyata wudhuk mempunyai manfaat yang luar biasa untuk kecantikan kulit kita.

2. Gerakan Sujud

Sujud merupakan salah satu dari gerakan solat yang wajib dilakukan oleh seluruh umat muslim ketika melakukan ibadah solat. Ternyata sujud tidak hanya sebagai bahagian dari gerakan solat tetapi juga bermanfaat bagi kesihatan tubuh. Dalam satu kajian, bahawa dengan sujud maka otak manusia akan dimasuki oleh darah ketika sedang sujud sahaja.

3. Mengucapkan Salam

Mengucap salam merupakan kebiasaan baik yang harus dijaga kerana selain mendapatkan pahala, boleh juga membuat kita menjadi awet muda. Seseorang yang sering mengucap salam apabila bertemu sesama Muslim maka otomotis wajahnya akan berseri-seri, karena tidak ada orang yang mengucap salam sambil tersenyum. Ini  kerana kita selalu bahagia tanpa disedari akan membuat kita terhindar dari penuaan diri dan selalu awet muda.

4. Murah Senyum

Senyum merupakan ibadah yang paling murah dan mudah dilakukan sehingga tidak ada salahnya apabila anda murah senyum kepada setiap orang. Selain enak dipandang ternyata orang yang murah senyum akan cenderung lebih awet muda kerana hal ini akan membuat wajah kita damai sehingga tidak hanya cantik diluar tetapi cantik juga didalam.

5. Hilangkan Rasa Iri Hati & Dengki

Perasaan iri hati dan dengki hanya merugikan diri kita sendiri karena ia sangat dibenci oleh Allah. Selain itu, seseorang yang selalu memendam rasa iri hati dan dengki dalam hatinya maka wajahnya akan terlihat kusam dan selalu masam, muram dan sinis. Boleh sahaja membuat kita kelihatan lebih tua kerana tidak pernah tersenyum.

6. Menyayangi Anak Yatim

Dengan banyak bergaul, menyayangi dan menyantuni anak anak yatim/ piatu hati kita akan menjadi lembut. Dan kelembutan itu akan terpancar dari wajah kita, hingga wajah kita menjadi teduh dan enak dipandang orang.