Tak sampai seminggu untuk kita menyambut Syawal. Pasti segala persiapan telah dibuat dari 'Top To Toe'. Tetapi biasalah ada juga antara kita yang sering buat persiapaan saat akhir.

Salah satu sebab kerana mahukan barang murah dari harga ditawarkan sebelum itu.

Biasanya kita lebih snang meniru gaya artis yang memang kalau dilihat terampil cukup anggun. Jika pemilihan tudung, tidak akan ada masalah kerana dari sehelai selendang boleh dicuba pelbagai gaya. Tetapi masalahnya baju pula yang rata-rata tahun ini seperti mengetengahkan baju kembang ala Datuk Vida.

Dan sebenarnya pilihan di tangan kita sama ada mahu memilih baju dari butik berjenama atau tidak. Masalahnya baju raya boleh tahan harganya  sepasang mencecah RM300 ke atas. Aduhai itu kalau sepasang, kalau 5 pasang mau tercekik bajet raya tahun ini. Persoalannya perlukah kita tiru gaya artis dengan mengorbankan poket di hari raya?

Sebenarnya tidak salah untuk kita tiru gaya artis yang disukai tetapi tidak semestinya meniru penampilannya dari atas ke bawah. Masih boleh cedok gaya mereka bergaya, cuma berpada-pada.

Berbelanja dengan bijak supaya selepas raya nanti lagi saki baki duit belanja untuk menampung perbelanjaan harian sebelum duit gaji masuk.

Nah, admin kongsikan gaya selebriti terkenal yang berhijab untuk diinspirasikan sempena lebaran nanti:

1. DATO SITI NURHALIZA

Gaya ikatan yang cukup simple dengan pemilihan hijab bercorak.

2. NEELOFA

Senang menggayakan hijab instan dan Naelofar Hijab turut menyediakan tudung mampu milik.

3. BELLA DALLY

Duta Galeri Ariani ini senang menggayakan tudung dengan ikatan paling mudah. Tidak perlu lilit keterlaluan.

4.MIRA FILZAH

Jika anda seorang yang kreatif, boleh cuba stail tudung gaya pelakon serba boleh ini.

5.FATHIA LATIFF

Menggunakan hijab dari labelnya sendiri Dara By Fathia yang memang kena dengan mereka yang mempunyai bentuk muka  panjang.

6. VIVY YUSOF

Figura ini sering jadi ikon hijabster. Gayanya kekal anggun dalam apa juga hijab dan pakaian disarung.

7. SARI YANTI

Dengarnya isteri kepada Jep Sepahtu ini sudah berhijab. Memang wajah Sari Yanti terletak cantik tika berhijab.

8. ELFIRA LOY

Giat mempromosi produknya ketika aidilfitri ini. Layari sahaja IG Elfira kerana gaya hijabnya memang cukup simple.

9.SHILA AMZAH

Gaya Shila Amzah juga boleh ditiru kerana pemakaian hijabnya cukup sempurna dan memang nampak cantik.

10. RAJA NADIA SABRINA

Beliau juga mempunyai gaya hijab tersendiri untuk tampil menarik. Biarpun kadang-kadang memilih hijab instan tetapi Raja Nadia Sabrina bijak menggayakan mengikut kreativitinya.