Kesibukan kerja membuatkan kita sering tidak punya masa untuk memeriksa keadaan kesihatan diri kita. Adakah anda yakin yang anda tidak mempunyai masalah kesihatan?

Cuba lakukan beberapa ujian mudah ini di mana ia sedikit sebanyak membantu anda memastikan kondisi badan anda berada dalam keadaan yang sihat atau tidak.

 

Mata

Tutup salah satu mata anda dan undur tiga hingga lima tapak daripada monitor anda. Lihat dalam bulatan tersebut. Tentukan sama ada terdapat beberapa garisan kelihatan lebih gelap atau tidak. Jika jawapan anda adalah ya, sila jumpa pakar optik kerana kemungkinan anda menghidap astigmatism.

 

Fleksibiliti

Untuk menjalankan ujian ini, duduk di atas lantai, julurkan kaki anda dan cuba sentuh kaki anda menggunakan hujung jari anda. Sekiranya anda boleh lakukannya dengan mudah, maka tubuh anda berada dalam keadaan yang baik. Jika sukar untuk dilakukan, maka adalah baik untuk anda melakukan yoga, pilates atau berenang dalam usaha untuk meningkatkan fleksibiliti badan anda dan mengelakkan sendi menjadi lemah.

 

Jantung

Duduk dengan tenang selama lima minit dan kemudian letakkan empat jari pada pergelangan tangan anda. Cari nadi dan ukur selama satu minit untuk mengira bilangan denyutan. Untuk orang dewasa dan kanak-kanak berumur lebih daripada 10 tahun, 60 – 100 denyutan adalah normal. Jika lebih atau kurang, kemungkinan anda mengalami masalah tekanan darah. Walau bagaimanapun, digalakkan untuk pergi berjumpa dengan doktor.

 

Jari

Tuang sedikit air yang sejuk ke dalam gelas dan celupkan jari ke dalam gelas tersebut selama 30 saat. Jika hujung jari anda bertukar putih atau biru, maka anda kemungkinan anda mempunyai masalah peredaran darah. Penurunan suhu yang ketara (atau tekanan) boleh menyebabkan kontraksi salur darah yang membekalkan darah ke jari, jari kaki, hidung dan telinga. Akibatnya, bahagian-bahagian ini akan kekurangan jumlah darah dan anda berasa kebas. Sebaiknya, elakkan daripada perubahan suhu yang mendadak.

 

Sistem pernafasan

Nyalakan mancis dan letakkan ia di hadapan anda. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan lepaskan melalui mulut. Cuba sehingga anda dapat meniup api tersebut. Kemudian, kira berapa kali percubaan anda untuk meniup api tersebut. Jika beberapa kali, ini bermakna anda mungkin mempunyai masalah sistem pernafasan yang lemah. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh faktor merokok, kurang senaman atau penyakit kronik saluran pernafasan.