Jerawat memang menjadi satu masalah kerana ia akan menimbulkan rasa kurang yakin pada diri sendiri dan anda sendiri akan berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Pelbagai produk menghilangkan jerawat boleh didapati di pasaran. Tetapi, selama mana anda mahu bergantung pada bahan kimia?

Daripada anda menggunakan bahan kimia, adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan bahan berasaskan sumber alam semula jadi yang mampu merawat dan menghilangkan jerawat.

Berikut ada 10 petua menghilangkan jerawat dengan mudah dan berkesan.

1. Jus daun pudina

Kisar daun pudina bersama sedikit air. Tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman.

 

2. Jus lemon

Perah jus lemon dan tekap jerawat menggunakan bebola kapas selama 20 minit. Kemudian bilas bersih. Lakukan dua hingga tiga kali sehari untuk kesan yang lebih cepat.

 

3. Bawang putih

Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat. Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.

 

4. Ubat gigi

Sebelum tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman. Ubat gigi dikatakan mampu mengecutkan jerawat.

 

5. Kiub ais

Letakkan ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecilkan jerawat.

 

6. Serbuk kayu manis

Letakkan sesudu madu atau jus lemon pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat. Seeloknya gunakan ia sebelum masuk tidur.

 

7. Kulit buah oren

Kisar kulit buah oren bersama air. Kemudian ambil pes oren dan sapukan pada jerawat.

 

8. Madu

Ambil sedikit madu menggunakan bebola kapas dan tekap pada jerawat.

 

9. Wap panas

Masukkan air panas ke dalam mangkuk dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas. Tidak hanya mampu menghilangkan jerawat, kulit wajah juga semakin berseri.

 

10. Serbuk kunyit

Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga jerawat hilang.

Mudah kan? Apa pun, pastikan anda mencuci wajah dengan bersih sebelum masuk tidur agar jerawat tidak cepat timbul. Ini kerana kotoran yang melekat pada wajah akan menambah risiko anda mendapat jerawat dengan mudah.
 

Sumber: siraplimau.com