Seluruh dunia kini sedang bergembira mengecapi nikmatnya berpuasa. Tidak kiralah anda berada di negara beriklim sejuk ataupun panas.

Bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum sepanjang hari, tetapi juga tuntutan lain perlu dielakkan bagi melengkapkan perjalanan puasa seseorang itu.

Tuntutan berpuasa ini wajib ke atas semua umat Islam. Bagi model antarabangsa berketurunan Islam, Halima Aden, juga tidak berkecuali menunaikan rukun Islam ketiga ini.

Dalam temu bual bersama Harper’s Bazaar Arabia, Mei lalu Halima Aden punya cara tersendiri dalam menghadapi bulan Ramadan.

Menurutnya, dia akan cuba menghindari diri daripada mendengar muzik, menonton TV atau filem di bulan ramadhan.

Sebaliknya Halima lebih selesa mendengar muzik berbentuk nasyid kerana baginya muzik begini lebih halal dan tidak melalaikan.

Malah dia juga turut menghadkan aktiviti modeling dan mengambil kesempatan berehat di bulan yang mulia ini.

“Oleh sebab bulan ini saya kekurangan air dan makanan, justeru itu saya perlu rehat yang secukupnya sebelum memulakan rutin harian sebagai model untuk bulan akan datang”.

Bercakap mengenai pemakaian biasanya Halima selesa mengenakan pakaian yang bersahaja dan memadankannya dengan ‘Long Hijab’ atau skarf sekiranya tiada temu janji tertentu.

Hidup sebagai seorang model semestinya berjauhan dengan orang yang kita sayang terutama keluarga yang selalu menyokong perjalanan kerjayanya.

Menyatakan kerinduan beliau terhadap ibunya di laman sosial (twitter) bahawa Ramadan tidak akan sama tanpa ibu di sisi dan pastinya dia akan pulang ke kampung halaman untuk meraikan Aidilfitri di samping keluarga tercinta.

5 perkara penting perlu tahu tentang HALIMA ADEN:

1.Membesar di Kem Perlarian KENYA. Halima berazam untuk menjadi duta pengaman suatu hari nanti. Pengalaman Halima memberi satu kesedaran pada beliau bangkit untuk memberi pertolongan kepada mereka di sana. Berpindah ke US bersama famili dan membesar di St Cloud Minesota.

2. Bukan model Islam pertama yang menjadi model agensi tetapi model yang julung kalinya mengekalkan HIJAB dalam industri modeling. “I signed with the top modeling in the world ans still wore my hijab as my crown.”

3. Beliau bukan sahaja mengenakan hijab di dalam peragaan tetapi Halima selesa menggunakan pendakap gigi. Beliau berkata “pendakap gigi akan membuat anda tidak selesa dalam industri ini, tetapi sebaliknya bagi saya yang ingin menampilkan tidak kesempurnaan pada khalayak ramai tetapi masih lagi berani memperagakan  pakaian di pentas fesyen.

4. Bekas ketua Editor Vogue Paris Carin Roitfeld menjangkakan HALIMA ADEN bakal menjadi ikon fesyen. “Halima is breaking boundries of beauty and perception by being herself. I find this is incredibly inspiring, and I know she will be an icon.”

5.Halima model pertama mengenakan Hijab sebagai penghias muka depan CR FASHION BOOK.

SUMBER: HARPER'S BAZAAR ARABIA