Banyak perkara yang boleh membatalkan puasa, misalnya, muntah dengan sengaja, makan dan minum secara sengaja ataupun keluar hadi dan nifas.

Tetapi bagaimana hukumnya jika meletakkan ubat titik dalam mata atau hidung.

Adakah perbuatan ini boleh membatalkan puasa atau sebaliknya kerana ia dianggap sebagai ubat.

Janganlah kerana tidak tahu hukum fiqh sebenar perkara sekecil ini boleh membatalkan puasa kita.

Menurut Ustaz Azhar Idrus, tidak batal puasa jika meletakkan ubat titik pada mata dan hidung.

Apa yang membatalkan adalah apabila kita letak ubat titik dalam hidung dan masuk dalam mulut dan kemudiannya kita telan.

Jika titik dalam hidung dalam mata rasa pahit di mulut dan kita luahkan, tidak akan terbatal puasa itu.

Wallauhalam