Baru-baru ini, kecoh apabila satu letupan bom telah berlaku ketika konsert Ariana Grande sedang berlangsung di Manchester Arena, United Kingdom (UK). Letupan dipercayai berlaku kira-kira jam 10.40 waktu UK (kira-kira 6.40 pagi waktu Malaysia)

Sekurang-kurangnya 19 orang dilaporkan maut dan 50 orang lagi cedera di lokasi konsert dan hasil siasatan polis menyatakan ia sebagai serangan pengganas. Ariana Grande bagaimana pun dilaporkan selamat dan tiada sebarang kecederaan yang terjadi.

Seorang gadis yang dikenali sebagai Hannah menerusi akaun Twitternya turut berada di dalam situasi mencemaskan itu. Malah, Hannah turut memuatnaik video di akaun Twitternya beberapa minit selepas serangan yang meragut nyawa itu.

Kemudian, Hannah telah menulis beberapa tweet menyatakan keadaan emosinya pada saat itu:

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama ‘Agent Richard Gill’ telah membalas tweet Hannah dan berkata umat Islam yang perlu dipersalahkan dalam kejadian letupan tersebut.

Lebih mengejutkan apabila Hannah membalas dan mempertahankan Islam dengan mengatakan bahawa seorang pemandu teksi Muslim telah membawanya pulang ke rumah dengan selamat dan menganggap dia sebagai ‘lelaki penyayang’.

Tidak hanya itu, terdapat banyak contoh di mana umat Islam dan mereka yang berlainan agama turut memberikan bantuan kepada mereka yang terlibat dalam serangan tersebut.

Antaranya:

1)    Pemandu teksi tidak mengenakan sebarang bayaran kepada mereka dan menghantar mereka pulang ke rumah dengan selamat.

2)    Menawarkan masjid sebagai tempat perlindungan sementara mereka.

3)    Restoran-restoran Muslim memberi bantuan makanan kepada anggta perkhidmatan kecemasan dan menyediakan makanan kepada ibu bapa yang berada di sisi anak-anak mereka di Hospital Kanaka-Kanak Royal Manchester.

Situasi ini menunjukkan bahawa rakyat Manchester telah bersatu dan tidak menjadikan sifat perkauman dan Islamophobia sebagai jurang di antara mereka.

Apa pun, takziah kami ucapkan kepada mangsa yang terlibat.