Kebiasaanya kita akan mandi hanya menggunakan air paip untuk membersihkan badan. Sejuk dari air paip seakan beri kesegaran setelah seharian bekerja.

Tetapi tahu tak sebenarnya jika kita memilih untuk mandi menggunakan air panas, sebenarnya boleh membakar kalori dalam tubuh selain untuk melemaskan otot-otot yang tegang.

Kajian mendapati jika kita berendam dengan air hangat ini boleh membakar hampir 300 kalori seperti anda berlari selama 30 minit.

Bukan itu sahaja, kebaikan mandi air hangat juga boleh membantu mengurangi kadar gula darah, mengurangkan peradangan dan juga menurunkan tahap stres dalam tubuh.

Tetapi harus diingat, walaupun mandi atau berendam dengan air hangat boleh membantu membakar kalori namun bukan bermakna hanya cukup berendam sahaja akan membuat berat badan turun, sebaliknya perlu diimbangi dengan olah raya secara rutin daan amalan berdiet.

SUMBER: MERDEKA.COM