Tak dinafikan berpuasa adalah salah satu cara mudah untuk mengurangkan berat badan. Tetapi biasanya agak sukar untuk mengempiskan bahagian  tertentu seperti perut yang mengandungi banyak lemak.

Memang terdapat lambakan produk untuk menguruskan badan, tetapi  anda semua perlu berhati-hati dengan produk tiruan yang boleh mengundang masalah kesihatan lain.

Sebenarnya ada cara lain yang lebih selamat untuk mengempiskan bahagian perut. Cara paling mudah adalah dengan mengamalkan petua orang lama, iaitu mengamalkan minum Jamu Asam Kunyit Halia.

Hanya menggunakan bahan alami dan kesannya boleh mengempiskan perut dan memastikan tubuh kekal langsing.

Selain itu, jamu ini juga jika diamalkan boleh buat anda awet muda dan dapat menyihatkan luaran serta dalaman.

Bahan-bahan

3 inci kunyit

1 inci halia

Segenggam asam jawa

2 sudu gula melaka/ gula kabung

Sedikit garam

*boleh ikut cita rasa

Cara-cara membuatnya:

1. Tumbuk halia dan kunyit tumbuk dalam lesung batu atau dikisar.

2. Masukkan semua bahan dalam periuk. Masukkan juga air asam jawa yang sudah diramas.

3. Didihkan. Tapis dan saringkan. Dan boleh diminum ketika masih suam.

Khasiat lain:

*Dapat mengeluarkan angin degil dan menghalang lemak terkumpul.

*Dapat melancarkan pencernaan.

*Baik untuk melancarkan darah uzur bagi kaum wanita..

SUMBER: PETUA IBU