Minggu lepas penyanyi Yuna selamat melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihannya, Adam Sinclair.

Penyanyi yang mencipta nama di negara Uncle Sam ini bersyukur kerana segala yang dirancang telah berjalan lancar.

Majlis ini berkenaan telah diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri sanak saudara serta rakan terdekat sahaja.

Menariknya, selepas seminggu bergelar tunangan orang, barulah Yuna mendedahkan bagaimana perkenalan antara dia dan Adam sehingga kedua-duanya bertunang.

Menerusi akaun Instagramnya, Yuna memberitahu dia mengimbas kembali detik tersebut sempena ulang tahun Adam yang ke-32 semalam.

Kata Yuna, perasaan ingin mengenali Adam timbul apabila kali pertama bertemu jejaka itu namun malu untuk memulakan langkahnya.

Tetapi kalaa sudah jodoh tidak kemana dan keduanya selamat diikat dengan tali pertunangan sebelum diijabkaul dengan ikatan yang sah.

Dalam satu posting dalam Tumblr Yuna meluahkan apa yang membuatkan dia jatuh cinta dengan Adam yang juga merupakan teman baiknya.

 

#NowPlaying: Best Love ❤

A post shared by yunamusic (@yunaliszarai) on

“Saya jatuh cinta dengan sahabat saya. Tetapi dia tidak mendekati saya. Dia merasa sangsi tentang saya. Bermakna dia berhati-hati tentang siapa yang akan mendapat tempat di hatinya".

Dan ini sebenarnya 7 sebab yang membuatkan Yuna jatuh cinta dengan Adam yang juga merupakan seorang pengarah tempatan. Juga merupakan adik kepada Ashraf Sinclair dan Aishah Sinclair.

Fell in love with my bestfriend.

But he didn’t chase me. He had his doubts about me. Means he is careful about who he lets into his life.

He didn’t whisper sweet nothings to my ears. But he will always answer my phone calls.

He doesn’t parade our relationship on social media.  I am not his shiny new toy. I am his hidden gem.

He doesn’t put me first. He has his parents, his beautiful nieces and nephew, his siblings, his health, his life.

He wasn’t jealous if I talk to my peers or work with other guys, he lets me grow. He didn’t care that I had 2 million followers. He knows all the 10 real friends I have and their names.

He can’t remember the title of my songs, but he remembers his niece’s birthday.

He didnt forgo his friends for me. His friends were there for him when he needed them before i came into his life.

He would never immediately agree to my thoughts. He tells me if im wrong. And when im right, he acknowledges it.

All this time I thought love was all about how a man should profess his love, flowers at my door, letters saying he’s in love, enslaving his entire being to me, but here is this person, who just wants to be sure he is the best man that he can be for himself, his family, and the world. And at the end of the day, he tells me all about it. All these things that he does or does not do, for some reason, he wants to share all of them with me.
 

And at the end of our every conversation, he lets me know that he loves me too.

I am his best friend. And for that, I am the luckiest girl in the world.

1. Dia tidak pernah berbisik sesuatu yang romantik kepada telinga saya. Tetapi dia akan sentiasa menjawab panggilan telefon saya.

2. Dia tidak pernah kecoh hubungan kami di media sosial. Saya bukan seseorang biasa dimatanya. Saya adalah insan tersembunyi dalam hatinya.

3. Dia tidak meletakkan saya sebagai keutamaan. Dia mempunyai ibu bapanya, anak saudara yang cantik, adik-beradiknya, kesihatannya, hidupnya.

4. Dia tidak cemburu jika saya bercakap dengan rakan-rakan saya atau bekerja dengan lelaki lain, dia membiarkan saya meluaskan empayar. Dia tidak peduli bahawa saya mempunyai 2 juta pengikut. Dia tahu semua 10 sahabat saya yang ada dan nama mereka.

5. Dia tidak dapat mengingat antara lagu-lagu saya, tetapi dia ingat hari jadi anak saudaranya.

6. Dia tidak melupakan kawan-kawannya untuk saya. Rakan-rakannya ada di sana untuknya ketika dia memerlukannya sebelum saya masuk ke dalam hidupnya.

7. Dia tidak akan segera bersetuju dengan pemikiran saya. Beliau memberitahu saya jika saya salah. Dan apabila saya betul, dia mengakuinya.

Selama ini saya fikir cinta adalah semua tentang bagaimana seorang lelaki harus mengaku cintanya dengan memberi bunga, surat  cinta, dan sebagainya tetapi itu semua tidak penting.

Segala perkara yang dia lakukan atau tidak lakukan, atas sebab tertentu, dia mahu berkongsi semua dengan saya. Pada akhir setiap perbualan kami, dia memberitahu saya bahawa dia juga menyayangi saya.

Saya kawan baiknya. Dan untuk itu, saya adalah gadis paling beruntung di dunia.

Sweetnya luahan hati Yuna yang menganggap dirinya wanita beruntung di dunia kerana Adam akhirnya memilih dirirnya sebagai pasangan hidup.

Semoga hubungan keduanya segalanya berjalan lancar dan masa bertunang inilah untuk mengenali dengan lebih dekat hati budi masing-masing.

SUMBER: ASTRO AWANI & YUNA MUSIC TUMBLR

KREDIT FOTO: INSTAGRAM YUNA MUSIC, AISHAH SINCLAIR & ADAM SINCLAIR