Memandangkan kos hidup sudah semakin meningkat jadi perbelanjaan untuk keahlian gim merupakan perbelanjaan yang kurang bijak.

Zaman teknologi sekarang memberi kita kebebasan dan juga kemudahan untuk pelbagai aktiviti tanpa perlu keluar dari rumah.

Mari ketahui lima aplikasi telefon pintar percuma untuk bersenam di rumah.


1. Sworkit Personalized Workout (Nexercise Apps, Inc) - Android & iOS

 


 

Aplikasi ini bertindak sebagai pengurus senaman yang mengurus banyak gerak senam untuk sesiapa sahaja yang mahu menjaga badan. Anda boleh pilih senaman apa yang anda mahu, tetapkan masa dan ikut sahaja video senaman yang diberikan.

Aplikasi ini akan menyimpan data berkenaan hasil anda dan juga akan mengingatkan anda untuk bersenam setiap hari.


2. Nike+ Training Club (Nike, Inc) - Android & iOS

 


 

Aplikasi ini dicipta khas untuk wanita. Sebelum anda mulakan senaman dan mendapat akses kepada ratusan senaman yang disediakan aplikasi ini, anda perlu menetapkan hala tuju anda - menguruskan badan, kekal toned, kuat atau fokus.

Setiap pilihan senaman mengandungi beberapa gerak senam, diikuti dengan arahan langkah demi langkah, gambar dan juga video.


3. 7 Minute Workout (Simple Design Ltd) - Android & iOS

 


 

Aplikasi ini direka khas untuk mereka yang sibuk dan tidak punyai masa yang banyak untuk bersenam. Senaman tujuh minit ini boleh membantu anda untuk kekal fit dan sihat.

Aplikasi ini didatangkan dengan panduan bersuara dan juga arahan bergambar untuk setiap peringkat gerak senam.


4. 30DAYS (OwenTech) - Android & iOS

 


 

Aplikasi ini menawarkan anda pelbagai program latihan 30 hari untuk dituruti. Contohnya, jika anda mahukan senaman plank (atau apa sahaja pilihan lain), aplikasi ini sesuai untuk anda.

Berdasarkan keputusan awal anda, ia akan mencipta pelan senaman personal selama sebulan, perlahan-lahan meningkatkan intensiti senaman anda.


Jadi, selepas ini tidak perlu untuk anda berbelanja besar untuk personal trainer. Guna sahaja telefon pintar anda. - hb