Apabila sampai waktu menghampiri period, mulalah kita mengalami mood swing. Sekejap baik, sekejap moody, sekejap marah. Jenuh!


Cuba beri mood anda sedikit boost dengan makanan yang kena pada simptomnya.


1. Jika anda stress, makan coklat

Ia membantu anda mengurangkan hormon stress yang menyerang tubuh badan anda.


2. Jika anda lemau, ambil makanan kaya folate

Makanan yang kaya dengan folate seperti sayur bayam membantu meningkatkan konsentrasi.


3. Jika anda cranky, makan epal & mentega kacang

Kedua-dua ini mampu meningkatkan kadar gula dan tenaga yang anda perlukan untuk stabil buat jangka masa yang lama.


4. Jika anda cemas, nikmati ikan salmon

Ia kaya dengan asid omega-3 yang membantu mengawal rasa cemas anda.


5. Jika anda marah, minum teh hijau

Bukan sahaja baik untuk kesihatan, ia juga mampu menenangkan anda dengan cepat


6. Jika anda sedang mengalami PMS (pre-menstruation syndrom), konsum karbohidrat

Pilihan terbaik adalah sandwich salad telur. Karbohidrat membantu meningkatkan kadar serotonin dalam badan seterusnya meningkatkan mood anda.


7. Jika anda sedih, cari makanan kaya Vitamin D

Paling mudah minum segelas susu rendah lemak. Kekurangan Vitamin D boleh memberi efek negatif kepada mood dan ia boleh membawa kepada depressi.


Agak sukar untuk mengawal emosi dan mood apabila tiba 'waktu' tertentu, jadi tidak salah untuk menerima bantuan dari makanan-makanan di atas. Tetapi jangan makan berlebihan pula ya! - hb