Berpegang teguh pada ajaran Islam memaksa si ayah berjuang habis-habisan dalam urusan pengebumian anaknya yang meninggal akibat kanser payu dara.

Bagi Nurazman, dia tekad mempertahankan hak anaknya untuk dikebumikan secara Islam biarpun mengetahui bekas isterinya, Swetlana Zein, adalah bergama kristian.

Dia yang datang ke hospital RS Fatmawati untuk melawat jenazah anaknya, lantas menentang agar jenazah disemadikan mengikut ajaran Kristian.

Nurazman kemudiannya terus melaungkan azan dan membaca satu surah Al-Quran, dan dengan tegas menegaskan anaknya seorang Islam, dan tiada seorang pun boleh menentang perkara itu.

Keadaan kecoh seketika apabila ibu si mati, aktres Yana Zein, 44 tahun menentang kehendak suaminya itu.

Namun keadaan kembali reda apabila semua pihak berlapang dada untuk menerima agar jenazah disemadikan mengikut Islam.

Situasi begini hanya berlaku di Indonesia dek kerana undang-undang di negara itu sendiri yang membenarkan pasangan berkahwin berlainan agama.

Aktres ini yang meninggal akibat kanser payu dara menjadi pertikaian antara ayahnya yang beragama Islam dan ibunya yang beragama kristian. Kedua-duanya telah bercerai.

Sementara itu, bekas kekasih Yana, Steve Emmanuel mengatakan bahawa Yana telah mengucap dua kalimat syahadat, sebelum meninggal dunia.

SUMBER: SINAR HARIAN ONLIE