Setiap negara mempunyai gaya dan pemakaian hijab yang berbeza-beza. Tarikan bukan saja terletak dari segi gaya, tetapi juga melalui warna yang turut memainkan peranan penting.

Kebanyakan stail digayakan cukup simple. Sesuai dengan pakaian yang digayakan mereka

Jom semak gaya beberapa gaya hijab dari negara Islam dan admin rasa stail dari Somalia cukup stailo.

Dan hijab dari negara kita Malaysia pula admin kategorikan  sebagai gaya paling kreatif dengan lilitan yang ringkas tetapi tetap nampak stailo.

Afghanistan

Gaya hijab gadis negara ini selalu dipadankan dengan warna yang terang dan aksesori yang sarat.

Bangladesh

Menariknya gadis dari negara ini menggunakan gabungan pelbagai warna yang menarik perhatian dan sedikit pandanan aksesori.

Indonesia

Kebiasaannya wanita negara ini memiliki gaya fesyen hijab yang tersendiri dan terkini yang mempunyai pengikut-pengikutnya. Gaya negara ini yang popular iaitu gaya beralun. Penyanyi no 1 Malaysia Siti Nurhaliza juga salah seorang penggemar gaya ini. Selain itu gaya Oki Setiadewi turut viral dan popular kerana gayanya yang santun.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.687635.1497163261!/image/image.jpg

Lebonan

Ringkas dan pratikal untuk kegunaan harian adalah pilihan gaya gadis Lebonan. Menitikberatkan gaya cetakan dan ‘tassels’ juraian di hujung hijab.

Malaysia

Gaya hijab Malaysia selalunya dikaitkan dengan gaya dari seberang. Tetapi sebenarnya hijaber dari negara kita punya stail yang tersendiri dan cukup kreatif melilit. Mereka gemar gaya tudung beralun  dan lipatan berulang. Gaya ini akan lebih menonjol dan tampak anggun, sekiranya hijab yang digunakan polos dan kemas.

Pakistan

'Simply gorgeous’ betapa cantiknya mereka  dalam ‘Dupatta' menutupi kepalanya. Tidak perlu lilit sangat, yang penting menutup aurat.

Arab Saudi

Arab Saudi memang terkenal dengan pemakaian ABAYA. Abaya mereka adalah yang terbaik di dunia. Ramai wanita Arab menggayakan abaya sebagai pakaian harian. Jadi hijab ringkas memang sesuai dipadankan dengan abaya ini.

Somalia

Turban gaya hijab dari Somalia. Mereka mahir mengikat turban dalam pelbagai cara dan dipelbagaikan dengan padanan aksesori seperti anting-anting dan kalung atau rantai. Memang nampak stailo seperti model Muslimah antarabangsa, kelahiran Kenya, Somalia Halima Aden yang senang menggayakan turban dalam gaya harian.

Syria

Gadis Muslim dari Syria pula senang sekali mengetengahkan konsep ringkas dan cantik.

Turki

Gaya Turki adalah satu lagi gaya yang unik yang menonjol dari yang lain. Malah tudung gaya Turki begitu sinonim dengan corak dan ikatan simple.

Palestin

'Keffiyeh' digunakan sebagai gaya tudung di Palestin. Apa yang penting menutup aurat di negara bergolak ini.

India

Gaya hijab India adalah sangat serupa dengan gaya hijab Pakistan. Mereka ini mempunyai semua gaya hijab yang berbeza dari seluruh dunia.