Tidak kira sama ada anda bekerja di pejabat, di rumah ataupun masih belajar, mengekalkan kesihatan dan kecergasan anda merupakan sesuatu yang sangat sukar di samping menguruskan kerja yang menimbun. Tidak susah untuk memberi prioriti kepada perkara yang penting di dalam senarai anda dan juga meletakkan kesihatan dan kecergasan anda di atas.

 

Bagi Hijabista, semakin sihat dan gembira anda dalam sisi personal anda, akan semakin baik anda di tempat kerja anda. Di sini, Hijabista menyenaraikan lima tip penting untuk wanita yang bekerja untuk sentiasa merasa sihat dan tampak sihat.
 

 

1. Banyakkan minum air masak

 

    

 

Sentiasa berada dalam keadaan hidrasi penuh merupakan satu perkara yang penting di mana kita sering terlupa. Terutamanya apabila hari kita dipenuhi dengan mesyuarat, panggilan konferens dan 'deadlines', keperluan minima lapan gelas itu seakan-akan sangat sukar untuk dilakukan.

 

Hidrasi penuh dapat membantu anda memastikan tahap tenaga anda tinggi, mengurangkan sakit kepala dan juga mengelakkan anda merasa lapar sentiasa.
 

Tip ekstra: Sekiranya anda tidak sukakan air masak, masukkan beberapa hirisan lemon ke dalam air minuman anda. Bukan sahaja rasanya sedap, malah ia memberi kelebihan lain juga.
 

 


2. Rancang pelan pemakanan dengan baik

 

 

Mungkin ia kedengaran leceh dan menyusahkan namun ia menjimatkan masa dan juga menyelamatkan anda daripada membuat 'bad diet decisions' apabila anda lapar + marah. Pada hujung minggu, cari resepi mudah untuk dibuatkan bekal untuk sarapan pagi dan tengah hari.

 

Kemudian beli bahan-bahan yang diperlukan dan buatlah persediaan yang sesuai. Membawa bekal ke pejabat adalah satu cara yang paling efektif untuk menjimatkan wang dan juga menjaga diet anda.
 

 


3. Sistem 'Buddy'

 

 

Sistem ini berfungsi apabila anda mempunyai rakan kerja atau sahabat baik yang mempunyai matlamat (diet ataupun jimatkan duit) yang sama dengan anda.

 

Sekiranya anda mula hilang fokus kepada satu-satu perkara, berborak atau e-maillah kepada 'buddy' anda ini agar semangat anda akan naik semula.
 

 


4. Akauntibiliti

 

     

 

Hal ini untuk memastikan anda bertanggungjawab di atas apa yang anda lakukan atau apa yang anda makan. Di zaman teknologi kini, terdapat banyak 'apps' yang dapat membantu anda mengira kalori makanan ataupun mengira langkah anda sepanjang hari.

 

Kedua-dua ini merupakan perkara yang penting untuk anda memikul tanggungjawab ataupun akauntibiliti.
 

 


5. Bersenam

 

     

 

Mungkin untuk mencuri masa pada hari minggu bekerja adalah satu perkara yang hampir mustahil. Namun, sekiranya anda memberi diri dan tubuh badan anda sedikit masa untuk bersenam dan berpeluh, ia mampu menaikkan mood dan membuatkan anda lebih produktif apabila melakukan pekerjaan serta gembira dan lebih sihat.

 

Anda tidak perlulah ke gim semata-mata untuk hal ini. Cukup sekadar anda konsisten dalam bersenam mungkin 10 minit setiap kali pulang ke rumah sebelum azan marghrib berkumandang.  

 



Mungkin tidak semua perkara di atas anda mampu lakukan serta-merta. Mula dengan perlahan-lahan tetapi amalkan is selama yang boleh. Kesihatan mental dan fizikal anda pasti akan meningkat sejajar dengan usaha anda. Semoga berjaya! - hb