Baru-baru ini kecoh di dada akhbar apabila dua lelaki maut ditikam di dalam komuter kerana mempertahankan wanita Islam.

Kejadian yang berlaku di Amerika Syarikat ini menyaksikan suspek menggunakan kata-kata yang bersifat perkauman terhadap wanita Islam yang memakai hijab itu.

Melihat kejadian itu, dua penumpang lelaki yang lain cuba mempertahankan dua wanita tersebut dan keadaan itu menyebabkan suspek marah dan bertindak menikam mereka.  Sedih sekali apabila kedua-dua mangsa tersebut meninggal dunia akibat daripada serangan tersebut.

 Suspek dikatakan mempunyai rekod jenayah lampau dan memang terkenal dengan sifat anti perkauman.

Tidak dinafikan ramai di sekeliling kita yang masih mempunyai sifat perkauman dalam diri. Tak perlu bercakap tentang situasi di luar negara, di Malaysia sendiri terdapat sesetengah individu yang berhadapan dengan isu perkauman setiap hari.

Dalam ajaran Islam itu sendiri, ia menentang setiap ajaran yang boleh menyebabkan rusuhan perkauman. Setiap individu bebas mencari nafkah dan beramal dengan ajaran agama mereka. Umat Islam diseru supaya bergaul dan bekerjasama dengan masyarakat bukan Islam bagi membangun negara dan membentuk tamadun yang hebat.

Firman Allah:

   خَبِيرٌ عَلِيمٌ اللَّهَ إِنَّ ۚ أَتْقَاكُمْ اللَّهِ عِنْدَ أَكْرَمَكُمْ إِنَّ ۚ لِتَعَارَفُوا وَقَبَائِلَ شُعُوبًا وَجَعَلْنَاكُمْ وَأُنْثَى ذَكَرٍ مِنْ خَلَقْنَاكُمْ إِنَّا النَّاسُ أَيُّهَا يَا

Maksudnya:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

(Surah Al-Hujurat:13)

Oleh itu, tanamkan sifat kasih sayang sesama umat dan pupuk sifat hormat-menghormati sesama manusia.