Pernahkah anda terfikir mengapa ad sesetengah bahagian tubuh anda yang sukar untuk diturunkan beratnya walaupun anda ke gim?

Tahukah anda punca perkara ini terjadi berkait rapat dengan gaya hidup anda. Ada sesetengah habit yang membahayakan kesihatan anda tanpa pengetahuan anda.

Mari kita lihat enam punca konsentrasi lemak di beberapa bahagian tubuh anda.


Bahagian A: Diet yang tidak mencukupi

 

http://support.karangkraf.com/editorial/hij/22042016/a3%20pic%201.jpg

 

Seperti yang kita semua tahu, pengambilan makanan dan gula berlebihan mengakibatkan obesiti dan ini adalah punca utama obesiti.

Apa kata anda cuba kurangkan kuantiti makanan yang anda ambil satu-satu masa dan juga bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari, anda pasti terkejut dengan hasilnya.

Tip Hijabista: Makan dengan kuantiti sedikit untuk tiga waktu utama (sarapan, makan tengah hari & makan malam) dan dua kali snek di antara dua waktu makan.


Bahagian B: Perut meragam

 

http://support.karangkraf.com/editorial/hij/22042016/a3%20pic%202.jpg


Mereka yang mengalami perut meragam banyak mengambil manisan seperti coklat apabila stress atau berasa tegang. Pengambilan manisan berlebihan boleh mengakibatkan depressi, stress atau cemas.

Tip Hijabista: Cuba kurangkan pengambilan manisan dengan cuba relakskan diri apabila anda berada dalam situasi tegang. Anda juga boleh gantikan manisan ini dengan buah-buahan.


Bahagian C: Gluten

 

http://support.karangkraf.com/editorial/hij/22042016/a3%20pic%203.jpg


Anda juga boleh terlebih berat kerana gluten. Cuba untuk mengelak makanan mengandungi gluten (gandum, barli, oats, rye) dan lakukan aktiviti fizikal.

Tip Hijabista: Jika anda bekerja dan duduk di meja sepanjang hari, pastikan anda bangun dan berjalan setiap 60 minit.


Bahagian D: Metabolisma atherogenic

 

http://support.karangkraf.com/editorial/hij/22042016/a3%20pic%204.jpg


Mereka yang banyak lemak pada bahagian abdomen mungkin mengalami masalah pernafasan. Anda digalakkan untuk berhenti merokok, konsum alkohol dan makanan berlemak.

Tip Hijabista: Senaman kardio seharusnya menjadi rutin harian anda, terutamanya di bahagian abdomen anda.


Bahagian E: Peredaran vena (darah)

 

http://support.karangkraf.com/editorial/hij/22042016/a3%20pic%205.jpg


Anda yang menghadapi masalah di bahagian paha dan kaki mungkin menghadapi masalah dari segi peredaran darah.

Tip Hijabista: Banyakkan berlari atau turun naik tangga untuk menurunkan berat di kawasan ini.


Bahagian F: Tidak aktif

 

http://support.karangkraf.com/editorial/hij/22042016/a3%20pic%206.jpg


Gaya hidup pasif dan tidak bergerak aktif boleh membawa kepada obesiti dan masalah lain. Masalah ini lebih kurang sama dengan yang pertama tadi - diet tidak mencukupi.

Tip Hijabista: Cuba untuk berjalan sebanyak mungkin, jangan hanya duduk sahaja berjam-jam di hadapan TV atau laptop. Keluar hirup udara segar dan bersenam.


Semoga panduan di atas dapat membantu kita yang memiliki bahagian yang tidak mahu turun beratnya. Akhir kata, amalkan gaya hidup sihat! - hb