Selain kanser, salah satu penyakit yang begitu sinonim dengan wanita adalah fibroid. Fibroid ini menyerang tidak kira usia, sama ada tua ataupun muda.

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita, seperti menghimpit pundi kencing, haid yang banyak, sakit semasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya.

Ia tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser .Kadang-kala kita tidak sedar dalam badan kerana tidak ada symptom sebelum itu ataupun berasa sakit.

Saiz fibroid tidak sama antara satu sama lain, ada yang sekecil biji buah betik dan ada juga yang sebesar buah tembikai.

Walau bagaimanapun ada cara tertentu yang boleh digunakan untuk mencegah fibroid ini. Kajian mendapati jika kita melakukan 7 amalan ini, peluang untuk terkena fibroid agak tipis.

1. Banyakkan aktiviti senam

Kajian mendapati semakin kerap melakukan aktiviti fizikal iaitu tujuh jam dan lebih dalam seminggu, lagi sukar peluang untuk terkena fibroid dalam jangka masa yang panjang.

2. Kekalkan berat badan

Wanita yang mempunyai masalah berat badan seperti ‘overweight’ dan obes berpotensi mendapat fibroid berikutan paras hormon estrogen juga tinggi. Jadi, kalau boleh kawal diet yang seimbang agar berat badan tetap maintain.

3. Minum teh hijau

Dikatakan teh hijau dapat mengelakkan daripada terkena fibroid kerana ia bersifat antioksidan.

4. Kurangkan ambil daging merah

Kalau boleh kurangkan pengambilan daging merah kerana ia boleh menggalakkan pertumbuhan fibroid.

5. Ambil suplemen Vitamin D

Vitamin D berupaya mengecilkan saiz fibroid dan mengelakkan daripada terkena fibroid.

6. Banyakkan pengambilan ikan salmon

Pengambilan lebih kerap ikan salmon, tuna dan ikan kembung sangat bagus bagi mendapatkan sumber vitamin D yang banyak.

7. Kerapkan pengambilan produk tenusu

Banyakkan ambil susu, keju dan produk tenusu untuk mengelakkan risiko terkena fibroid.

Simptom:

• Sakit semasa haid ( senggugut )

• Sakit belakang

• Haid yang banyak

• Sembelit

• Kencing yang kerap

• Keguguran yang kerap

• Sukar mengandung

P/S: Pilih Makanan sihat dan amalkan cara hidup aktif seperti bersenam dapat membantu mengurangkan risiko anda dari mendapat fibroid @ cyst.