Bahagian bawah lengan atau ketiak yang gelap bukanlah satu masalah yang baru dalam kalangan wanita.

Walaupun berhijab, tetapi bila kita lihat sewaktu nak mandi buat hati jadi sakit kerana ketiak seperti berdaki dan berwarna kehitaman.

Sebenarnya ramai wanita yang mengalami masalah ini sehingga menyebabkan mereka kurang yakin dengan diri sendiri.

Kini, anda tak perlu risau lagi kerana kami ada jalan penyelesaiannya. Hanya dengan menggunakan kunyit, settle semua masalah.

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah susu segar dan serbuk kunyit.

Cara-caranya:

1. Campurkan satu cawan susu sejuk dan satu sudu besar serbuk kunyit di dalam sebuah mangkuk.

2. Kemudian, celupkan cotton ball ke dalam campuran susu dan serbuk kunyit dan sapu di bahagian bawah lengan anda. 

3. Biarkan semalaman dan cuci pada keesokan harinya.

Mudah kan? Lakukan dengan lebih kerap jika anda mahukan hasil yang lebih cepat.