Kadangkala terlepas satu kitaran haid bukanlah masalah bagi sesetengah kita. Tetapi jangan abaikan simptom-simptom yang memberi red flags kepada kesihatan ovari kita.

 

Pakar sakit puan dari Amerika Syarikat memberi amaran akan simpton yang tidak regular ini dan mengapa mereka tidak boleh diabaikan.

 

Kitaran tidak regular, darah yang kurang atau berlebihan juga boleh menjadi indikasi masalah yang lebih besar. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, segera bertemu pakar sakit puan.

 

 

1. Ketidakhadiran period

 

Jika period anda tidak datang selama dua bulan atau lebih (dan anda pasti anda tidak pregnant), puncanya ada beberapa dan ianya bukanlah positif. Masalahnya termasuk hormon tidak balance, masalah thyroid, bersenam berlebihan atau berdiet berlebihan, stress atau menopause pra-matang.

 

Apabila anda tidak period, ia menggalakkan pertumbuhan sel abnormal yang boleh membawa kepada kanser. Jumpa pakar sakit puan dan pastikan darah anda diperiksa, level hormon, thyroid dan juga periksa jika anda ada polycystic ovaries.

 

 

 

2. Kekejangan teruk yang mengejut

 

Jika anda mengalami kekejangan teruk pada rahim, ia mungkin berpunca dari endometriosis. Ia merupakan kondisi yang mana sel yang biasa tumbuh dalam uterus turut tumbuh diluar dinding uterus yang menyebabkan kesakitan yang teruk.

 

Simptom boleh muncul bila-bila masa dan kebanyakkan wanita yang ada endometriosis ini sering mengalami senggugut sewaktu muda/anak dara.

 

 

 

3. Pendarahan tidak normal

 

Jika anda menyedari pendarahan tidak normal sepanjang kitaran anda, ia mungkin normal atau biasa sahaja terutama sekali jika anda mengambil pil perancang kehamilan. Tetapi sebaiknya silalah berjumpa dengan doktor pakar.

 

Ia juga mungkin memberi indikasi bahawa anda ada ovarian cyst, fibroids atau sel-sel kanser.

 

 

 

4. Pendarahan berlebihan atau period lebih dari 10 hari

 

Bagaimana yang dikatakan sebagai berlebihan? Jika anda bertukar pad setiap satu jam, itu adalah berlebihan. Pendarahan begini boleh menunjukkan masalah medikal seperti fibroids, polyps atau adenomyosis (apabila tisu endometrik tumbuh dalam otot dinding uterus) yang mengakibatkan anemia.

 

Kondisi ini memerlukan perhatian medikal yang segera kerana ia merupakan tanda-tanda awal myoma atau hyperplasia.

 

 

 

5. Simptom PMS yang melampau

 

Jika sebelum anda period anda akan bertukar menjadi monster, anda berkemungkinan besar menderita premenstrual dysphoric disorder yang lebih teruk daripada premenstrual syndrome yang biasa.

 

Simptom ini termasuk mengidam makanan yang tidak terkawal, mood swing melampau, depres, anxiety yang teruk, marah-marah dan juga hilang kawalan diri. Simptom ini sangat tidak bagus tetapi dengan bantuan ubat, ia boleh dikawal.

 

 

 

6. Hormon "Distressed"

 

Ada sesetengah penyakit yang menjadi lebih teruk apabila anda period. Jika anda ada asma dan anda rasa sangat teruk seminggu sebelum period, ianya bukanlah kebetulan.

 

Ada fenomena yang dipanggil 'premenstrual magnification' yang mana kondisi seperti diabetes, depressi atau arthritis menjadi lebih teruk semasa period. Jumpa doktor pakar mengenai jenis ubat yang anda boleh ambil sebelum kitaran bermula dan ia boleh membantu anda rasa lebih baik.

 

 

Sumber: healthylifetricks.com

 

 

Banyak di antara kita yang suka 'suffer in silence' dan ia tidak selalu bagus. Jika sakit, pastikan anda bertemu doktor pakar untuk rawatan lanjut. Jika anda tidak mahu makan ubat pun, sekurang-kurangnya minta nasihat doktor bagaimana mahu mengawal masalah ini. - hb