Sejak setahun lalu nampaknya penyanyi dan pelakon Lindsay Lohan seakan bersikap tarik tali dengan perkembangan dirinya.

Pemilik nama penuh Lindsay Dee Lohan ini dilahirkan di New York dan berketurunan Irish dan Itali. Beliau dibesarkan sebagai penganut agama Katolik.

Lindsay dikatakan menunjukkan minat untuk mendalami agama Islam. Antara perlakuannya dengan memegang Quran, memakai burkini ketika bercuti di di sebuah pulau dan turut berani mengenakan hijab.

Sebelum itu Lindsay pernah memberitahu mahu mengubah dirinya ke arah yang lebih baik di samping mendalami ilmu agama.

Memasuki bulan Ramadan lalu Lindsay turut memberi ucapan menyambut Ramadan kepada umat Islam.

 

#happyramadan

A post shared by Lindsay Lohan (@lindsaylohan) on

Dan terbaru, dia dikatakan hadir di majlis berbuka puasa anjuran penyanyi terkenal, Maher Zain di London.

Majlis yang diadakan sempena projek One Family Global itu bertemakan Iftar at The Savoy.

 

 

We're honoured to have @lindsaylohan at our launch event tonight #iftaratthesavoy #weareonefamily

A post shared by One Family (@onefamilyglobal) on

Sementara itu Maher Zain turut re-tweet dan re-post status dan foto di Twiiter dan IG  tetamu yang menghadiri majlis tersebut yang mana rata-ratanya menampilkan foto-foto Lindsay Lohan di acara tersebut.

 

Rata-rata netizen memberi komen positif atas kehadiran Lindsay ke majlis iftar berkenaan.

Perubahan pada dirinya ini juga turut dikaitkan dengan masalah sosial yang membelenggu Lindsay Lohan sehingga menyebabkan dia terpaksa mencari jalan untuk memulihkan dirinya.

Jom kita flashblack selebriti ini yang mengundang persoalan orang ramai terutama mengikutnya di laman Instagram berjumlah 6.2 juta.

1. Silap muat naik frasa arab yang disangka cantik sebenarnya membawa maksud Kamu Seekor Kedai. Dia bagaimanapun memadam posting berkenaan kerana mengundang reaksi netizen yang tahu ianya tersilap.

2. Memuat naik awal tahun lalu, Lindsay ada memuat naik petikan kitab Al-Quran di laman Instagram namun memadamnya beberapa hari kemudian.

3. Pelakon Mean Girls ini juga telah menulis ‘Alaikum Salam’ pada ruangan info di laman sosial tersebut. Dia juga bertindak memadam semua gambar dalam akaun Ignya.

4. Menerusi temubual sebuah stesen TV di Turki, mengakui berasa lebih selamat berada di negara tersebut berbanding Amerika Syarikat. Menurut Lindsay, di Turki dia bebas untuk menjadi seorang wanita dan sentiasa diterima tanpa diskriminasi.

5. Pelakon Hollywood, Lindsay Lohan sekali lagi berhadapan dengan insiden Islamophobia. Kali ini, Lohan mendedahkan bahawa dia ditahan di Lapangan Terbang Heathrow hanya kerana memakai tudung dalam rancangan Good Morning Britain.

6. Lohan turut mendedahkan dia sudah membaca 15 muka surat terjemahan al-Quran, selain turut mendengar bacaan ayat suci al-Quran melalui aplikasi yang dimuat turun di telefon bimbitnya. Aktres berusia 30 tahun itu juga memberitahu, dia pernah cuba solat dan pernah berpuasa selama tiga hari, pada bulan Ramadan yang lalu.

7. Pernah Lindsay dilihat membawa senaskah kitab suci umat Islam, Al-Quran seusai aktiviti khidmat masyarakat di Brooklyn, New York.

Walau apapun pendirian Lindsay, admin doakan agar dia dibukakan pintu hati oleh Allah untuk menerima Islam sebagai agamanya.

SUMBER: ASTRO AWANI