Setiap hari, pasti ada sahaja selfie yang diupload di dalam laman sosial dan ia seakan sudah menjadi budaya tanpa kita sedari. Kajian mengatakan hampir 80% rakyat Malaysia gemar berselfie tanpa mereka sedari.

Di Arab, sekeping gambar selfie di antara bapa dan anak perempuannya menjadi viral dan telah dikongsi oleh orang ramai di media sosial dan laman sesawang. Mengapa ia menjadi viral sedangkan ia hanya sekeping gambar?

Seorang wanita yang dikatakan berasal dari Algeria telah memuatnaik gambar di Facebook di mana gambar tersebut menunjukkan bapanya memakai pakaian seragam pekerjaanya sebagai seorang pemungut sampah.

Malah, dia turut menulis:

Jika difikirkan, ramai anak-anak akan berasa malu untuk memberitahu pekerjaan bapanya sekiranya bapa mereka bekerja sebagai seorang pemungut sampah, pekerjaan yang sering dilihat sebagai pekerjaan yang hina oleh masyarakat di seluruh dunia.

Tetapi berbeza dengan gadis ini kerana ia memberi contoh yang baik kepada anak-anak di luar sana yang mereka harus berbangga dengan bapa mereka tidak kira apa pun pekerjaan yang dilakukannya, selagi ia memperoleh pendapatan yang halal.

Anak-anak perlu menghargai ibu bapa mereka yang bekerja keras untuk menyara keluarga dan memberi didikan yang baik kepada anak-anak mereka. Sayangi ibu bapa anda yang telah bersusah payah untuk anda!