Lumrah seorang gadis jika ingin sentiasa kelihatan cantik dan menawan. Apatah lagi saat menyambut Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

Boleh rosak mood kan bila tiba-tiba muncul jerawat di kulit muka anda? Selain jerawat, tentu anda juga mengalami masalah liang pori yang terbuka kan?

Senang je nak selesaikan masalah anda semua nie. Dengan tomato, pasti settle semua masalah. Tip ini dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Yatie Ahmad.

Menurutnya, kalau anda mahukan kulit yang sihat, perlu amalkan penggunaan bahan semulajadi. Lagi best kalau anda dapat buat setiap hari. Tentu lebih cun kulit muka anda.

Terdapat 3 cara yang boleh anda gunakan pada tomato tersebut. Pilih sendiri cara mana yang anda mahu.

1. Tomato & gula

- Belah tomato kepada dua bahagian. Jadi, 1 boleh guna pada waktu pagi dan 1 lagi boleh guna pada waktu petang.

- Basuh muka dengan air suam.

- Ambil tomato tersebut, tekap pada permukaan gula.

- Kemudian, gosok dan sental muka anda menggunakan tomato yang telah ditekap pada permukaan gula itu tadi. Jangan sental terlalu kuat, ikut tahap ketahanan masing-masing ya.

- Biarkan selama 5 minit dan bilas dengan air. Keringkan muka menggunakan tuala bersih.

2. Tomato beku

- Belah tomato kepada dua bahagian dan masukkan ke dalam peti ais bahagian beku. Jangan campurkan dengan ruangan ikan pula ya.

- Keluarkan tomato yang beku tadi dan sental pada muka. Sentap sehingga serat pada tomato tersebut habis digunakan.

- Bilas dengan air bersih

- Buat pagi dan malam. Confirm meletop muka anda semua.

3. Tomato lenyek

- Pilih tomato yang agak masak dan lenyek keseluruhan tomato tersebut.

- Sapu dan ratakan pada kulit muka anda.

- Biarkan selama 15 - 20 minit.

- Bilas dengan air dan keringkan muka menggunakan tuala bersih.

Mudah je kan? Jadi, jom cuba di rumah. Raya nak dekat dah nie. Rugi kalau tak cuba. Berbulu je nanti tengok kulit muka orang lain semua flawless. Selamat mencuba!

SUMBER: FACEBOOK YATIE AHMAD