Sepanjang seharian berpuasa, memang kita akan merangka untuk makan apa sahaja juadah yang dimasak atau dibeli di bazar Ramadan.

Ini semua adalah terdorong oleh nafsu yang berkeinginan untuk makan segala juadah menyelerakan.

Dan setelah itu kita akan terus melakukan beberapa aktiviti misalnya mandi.

Namun ada beberapa perkara yang tak boleh dilakukan sebaik sahaja kita makan (tidak kira ketika time puasa atau selepas bulan biasa).

Ini kerana jenis makanan serta pola makan yang dilakukan menyumbang kepada kesihatan tubuh badan, terutama masalah pencernaan.

Makanan yang tidak dicerna dengan baik boleh mengganggu masalah kesihatan.

Ini 5 perkara perlu dielak usai makan malam jika sayangkan tubuh untuk berfungsi lebih lama.

1. Berenang

Selalunya kita akan fikir untuk mendapatkan badan langsing setelah makan. Rasanya lebih baik simpan dulu niat untuk berenang dan biarkan 30 minit setelah makan barulah boleh berenang. Ini kerana berlaku penarikan lebih banyak darah ke saluran pencernaan untuk membantu mencerna makanan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlaku krem pada bahagian perut.

2. Mandi

Jangan sesekali mandi sebaik selepas makan. Ini kerana aliran darah yang banyak terkumpul di saluran pencernaan. Perlu diingat sewaktu mandi, tubuh menjadi dingin dan ia tidak sama sekali membantu makanan tercerna dengan baik dan boleh menyebabkan masalah kesihatan nanti.

3. Tidur

Jika selama ini biasa tidur setelah makan, elakkan dari melakukan kebiasaan ini. Sebabnya apabila kita berbaring setelah makan boleh meningkatkan tekanan pada diafrafma dan menyebabkan radang usus.

4. Jalan kaki

Jalan kaki setelah makan mampu menyebabkan refluks asam dalam sistem pencernaan. Selain itu jalan kaki mampu mencegah penyerapan nutrisi daripada makanan. Jadi elakkan amalan ini sebaik selesai makan.

5. Minum teh

Minum teh setelah makan mampu memberi efek tidak baik pada sistem pencernaan. Teh membuatkan tubuh anda tidak boleh menyerap zat besi dari makanan. Asam dalam teh juga akan mengganggu penyerapan protein dalam makanan. Oleh sebab itulah, minum teh adalah hal yang sebaiknya tidak anda lakukan setelah makan.

Kesimpulannya beberapa aktiviti yang dilakukan setelah makan mampu membuatkan mengganggu proses penyerapan makanan dan sistem pencernaan. Justeru jika sayangkan tubuh elakkan untuk melakukan aktiviti yang disebut di atas.

SUMBER: BOLDSKY.COM