Alhamdulillah, sejuk hati kalau jika kita lihat juruterbang wanita mengenakan hijab. Terasa seperti selamat untuk menaiki penerbangan yang dipandu mereka.

Syarikat AirAsia dan AirAsia X telah mengambil langkah bijak apabila menjalin satu kerjasama cukup baik dengan pengeluar tudung Naelofar hijab apabila mereka hijab berwarna putih bagi memenuhi keperluan mereka.

Menurut Ketua Penjenamaan Serantau AirAsia, Rudy Khaw, kerjasama ini adalah buat julung kalinya Air Asia dan pereka hijab menghasilkan bagi juruterbang syarikat mereka.

Ini adalah untuk memberi nafas baharu kepada rekaan hijab untuk semua petugas lain yang bertudung.

Bagi pengasas Naelofar Hijab, Neelofa sendiri berkata peluang mereka hijab wanita itu sangat menarik dan memberikan syarikat itu peluang untuk mencipta hijab khusus, selesa, praktikal dan bergaya.

Nyata beliau menyatakan perasaan bangga dan ianya adalah suatu pengalaman menyeronokkan dan cukup berpuas hati dengan setiap perincian rekaan hijab yang dihasilkan.

Sebelum dilancarkan, prototaip yang dihasilkan telah menjalani pelbagai ujian pemakaian oleh juruterbang wanita syarikat penerbangan itu.

Hijab terbaharu itu menggunakan sejenis fabrik istimewa dengan ciri-ciri tambahan yang fleksibel untuk memudahkan pergerakan pemakai, dengan sentuhan terakhir dihiasi simbol Naelofar Hijab bertatahkan kristal Swarovski.

SUMBER: BERNAMA