Wanita yang normal akan mengalami pusingan haid setiap bulan. Ketika didatangi haid, ada sumber mengatakan wanita yang didatangi haid tidak boleh memotong kuku dan rambut. Betul ke?

Berkata al-Bujairimi: “Pada (pendapat al-Ghazali) ini ada nazar (kritikan), kerana bahagian badan yang kembali kepada jasad seseorang itu adalah berdasarkan keadaannya sewaktu mati, bukannya sekalian kukunya yang telah dipotong selama umurnya, bukan juga rambut, maka pendapat ini perlu dirujuk kembali.”

Al-Qalyubi juga menyatakan bahawa kerana kalau dikembalikan kepada seseorang itu akan sekalian kuku dan rambut itu pada jasadnya nescaya akan buruklah rupanya dek kerana panjang kuku dan rambut itu.

Berdasarkan keterangan tersebut, perbuatan mencukur dan memotong rambut atau memotong kuku sewaktu haid tidak haram. Waktu haid dan nifas agak panjang dan mungkin menyukarkan kaum wanita untuk berhati-hati terhadap setiap rambut yang gugur dan kuku yang dipotong.

Malah, menurut Ustaz Azhar Idrus, dibenarkan memotong kuku dan rambut ketika seorang wanita itu didatangi haid kerana tiada sebarang nas yang melarangnya. Dan anda juga tidak perlu menyimpan kuku tersebut dan tidak perlu dimandikan kuku tersebut apabila sudah suci.

Semoga Allah Taala menerima segala amalan kita dan mendapat rahmat-Nya.

SUMBER: WWW.MUFTIWP.GOV.MY