Apabila usia makin meningkat, biasalah segala sendi akan berasa sakit. Kalau alami masalah begini, memang sengaja elak menaiki tangga ataupun berjalan jauh.

Kalau boleh memang nak duduk sahaja tanpa lakukan sebarag aktiviti berat. Tetapi situasi  begini tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan perkembangan sistem tubuh lain tidak sihat.

Selain rawatan moden untuk membetulkan sendi, kita juga boleh cuba cara tradisional yang jika diamalkan secara konsisten akan membuahkan hasil yang baik.

Salah satunya adalah perkongsian di Petua Ibu yang menyarankan kita minum air campuran daripada nenas dan juga lobak.

Amalkan 3 bulan sekali dan insya-Allah bahagian berkenaan tidak akan rasa sakit lagi. Tidak perlu risau kerana bahan digunakan selamat dan semuanya mempunyai khasiat tersendiri. Boleh juga diamalkan bagi mereka yang mempunyai gout.

Bahan-bahan..

sebiji Nenas

sebatang lobak putih 250 gram

3 biji buah keras

Blend semuanya..

Awal2 minum 3 bulan sekali..

Selamat mencuba, yang pasti selamat sebab semua bahan mempunyai khasiat..

Khasiat nenas

Buah nenas memiliki rasa yang sangat sedap, kaya dengan nutrien buah-buahan tropika yang menyediakan banyak kebaikan untuk kesihatan. Mengandungi vitamin C nya yang tinggi serta vitamin B1, Potasium dan manganese. Selain itu, ia turut mengandungi khasiat lain seperti bahan antioksidan yang membantu mencegah pembentukan penyakit.

Khasiat lobak putih

Lobak putih juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Dibuktikan dengan kandungan gizi yang terdapat pada sayur berkenaan. Kaya dengan serat, beta karoten, kalsium, zat besi dan vitamin A,B1, B2, C dan vitamin E.