Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mahukan kehadiran zuriat sebagai pelengkap hidup. Sunyi rasanya tanpa hilai tawa anak-anak yang boleh menceriakan rumahtangga yang dibina.

Walaupun kadang-kadang admin rasa macam geram melihat perangai anak-anak, tetapi kehadiran mereka sebenarnya penghibur jika kita sedang stress dengan pelbagai masalah kerja.

Namun rezeki setiap orang itu tidak sama. Ada yang baru sebulan kahwin terus dikhabarkan mengandung. Tetapi ada pula yang bertahun-tahun kahwin masih belum dikurniakan anak.

Memang agak stress bila orang asyik tanya bila nak dapat anak dan dalam masa sama berdoa agar hati suami tidak berubah disebabkan tiada cahayamata ini.

Bagi Puan Siti Maisarah Saifuddin, dirinya cukup beruntung kerana dia bukan sahaja cepat dkurniakan zuriat, tetapi juga mempunyai 5 anak lelaki.

Lain pula soalan yang sering ditanya, ‘bila nak dapat anak perempuan’. Jawapannya cukup simple, ‘Allah izinkan saya merasa menjadi Permaisuri dikalangan mereka’.

Sebagai ibu yang mempunyai anak ramai, Puan Maisarah turut memberi nasihat kepada mana-mana pasangan yang masih belum dikurniakan anak.

Ternyata nasihatnya cukup menikam jiwa. Menurutnya Tuhan sedang menguji hamba-Nya yang belum tentu tahu bagaimana berhadapan dengan seorang anak kelak.

Jom baca perkongsiannya kerana ada hikmah Allah memberi masa untuk anda berdua menikmati hidup Bersama tanpa gangguan si kecil.

Ada beberapa rakan saya yg diuji dengan situasi tanpa cahayamata sekalipun Bertahun mendirikan rumah tangga.

Selalu juga mereka membisikkan pada saya,

"Bestnye ada Anak.

Akak dah lama kahwin tapi takde anak.

Dah cek segala macam cara kesuburan.

Tapi kenapala tak mengandung jugak.

Risau kalau suami cari lain."

Sentap. Deep.

Anda perasan sesuatu? Dalam pada kesedihan, dia masih memikirkan cinta hatinya.

Bertuahnya seorang suami punya isteri sebaiknya.

Dia diuji tanpa cahayamata.

Diuji juga dgn kesetiaan sebuah cinta.

Yang paling tragis, bila isteri terus-terusan dipersalahkan.

Hanya kerana Zuriat itu datang dari rahim isteri.

 

Wahai isteri yang mulia,

Allah menahan Zuriat disisimu kerana Allah tahu bagaimana hatimu.

Apa mungkin hatimu tidak kuat berhadapan dgn sikap seorang Anak.

Apa mungkin Allah tidak mahu diri mu resah dan berpenat lelah.

Atau mungkin Allah lebih tahu , keadaan sebenar kehidupanmu.

 

Ingatlah!

Adanya zuriat belum tentu menjadi kan manusia sempurna.

Belum tentu lengkap dan serba cukup.

Allah mahu kamu terus berdua, Berbulan madu bersama.

Kerana betapa ramai suami isteri diluar sana yang cemburu denganmu,

Rumah tangga retak seribu.

Kerana hilangnya masa romantik berdua.

Setiap masa mesti bersama anak-anak.

Nak makan berdua pun sambil meriba Anak.

Sedangkan kamu? Banyak masa bersama.

Berbahagialah sayang.

Setiap berlaku ada hikmah.

 

Buat suami,

Allah ujimu dengan kesetiaan cinta.

Andai setia itu melampaui batasan,

Mana mungkin kamu mampu memberi cinta pertama Untuk puteri mu dan imam pertama Untuk Anak lelaki mu.

Saya doakan moga Allah kurniakan kalian Zuriat sebaiknya,soleh dan Solehah.

 

Amin.