Rambut merupakan mahkota bagi setiap wanita. Bagi hijabi, meskipun bertudung, anda juga perlu menjaga kebersihan dan kesihatan rambut agar rambut kekal segar dan bersinar.

Setiap individu pasti ada menghadapi masalah rambut yang tersendiri. Antara  masalah rambut yang sering dialami adalah kelemumur dan keguguran rambut.

Pelbagai syampu telah ditukar namun masalah tersebut masih terjadi. Tahukah anda, air garam sebenarnya mampu menghalang rambut daripada kelemumur dan keguguran?

Air garam juga dikatakan boleh melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala. Apa kata anda cuba lakukan petua ini. Jadi, tidak perlu anda menghabiskan wang untuk mengatasi masalah ini.

 

 Cara-cara:

1. Sesudah syampu rambut, letak sejumlah garam yang bersesuaian dengan ketebalan dan panjang rambut anda di dalam besen.

2. Rendam rambut selama 3 hingga 5 minit.

3. Urut kepala anda dengan lembut dan perlahan-lahan agar air garam tersebut meresap ke dalam kulit kepala.

4. Kemudian bilas rambut anda.

Ulangi petua ini sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Anda boleh cuba dan lihat hasilnya sendiri.

 

 Kebaikan air garam untuk rambut

 

1. Hilangkan kelemumur

Kelemumur merupakan bakteria. Garam dikatakan boleh membunuh bakteria dan menyegarkan kulit kepala.

 

2. Rambut lebih segar

Air garam boleh membantu masalah kulit kepala berminyak serta kotoran lain. Jika anda mampu menghilangkan masalah ini, rambut akan menjadi lebih segar dan berkilat.

 

3. Menghalang keguguran rambut

Air garam boleh merapatkan liang-liang kulit kepala dan menghalang daripada terjadinya keguguran rambut.

 

SUMBER: LIMAUMANIS.COM