Outer wear kini menjadi kegilaan gadis hijabi di luar sana kerana ia punya pelbagai fungsi. Jika sudah kehabisan idea memikirkan baju apa yang mahu dipakai, outer wear boleh membantu anda.

Ramai selebriti dan insta famous dilihat sering menggunakan outer wear termasuk seorang hijabi yang berasal dari Korea. Ayana Moon memiliki gaya yang manis dan santai.

Ini antara 8 inspirasi mix and match outer wear dari Ayana Moon yang boleh anda tiru gayanya.

 

Warna neutral sering menjadi pilihan. T-shirt putih dipadankan bersama kot rona hitam menyerlahkan sisi manis si gadis.

 

Kemeja denim juga boleh dijadikan outer wear. Sarungkan sahaja t-shirt rona polos di dalamnya dan padankan bersama pattern pants.

 

Tampak berbeza dengan padanan outer wear bermotifkan bunga.

 

Outer wear bermotif floral ini buat si gadis tampak lebih playful.

 

Tampak santai namun stylo dengan jaket denim dipadankan bersama skirt dan t-shirt rona putih.

 

Blazer ini memberi impak gaya yang lebih chic. Untuk memberi kesan kasual, padukan bersama sneakers.

 

Padanan jaket hitam bersama pants rona merah jambu memberi ilusi sofistikated pada si gadis.

 

Padanan outer denim dan maxi skirt membuatkan anda tampak lebih tinggi.