Pemakaian abaya atau jubah memang mudah nak digayakan. Sarung saja ke tubuh, pasti penampilan tampak sopan dan menutup aurat.

Namun begitu, abaya ini sebenarnya bukanlah budaya raya masyarakat kita. Sebaliknya baju kurung atau kebaya lebih sinonim dengan masyarakat kita kerana boleh digayakan dalam apa jua acara.

Menurut pengarah dan pelakon terkenal, Erma Fatima, beliau tidak begitu percaya konsep beraya dengan memakai jubah atau abaya kerana ia lebih kepada gaya orang Arab.  

Ujarnya, “Jubah dan abaya bukan baju raya kita.” Disebabkan itu, beliau ingin mengembalikan gaya tradisional orang Melayu dengan memperkenalkan koleksi pakaian Mak Cun.

Koleksi Mak Cun diilhamkan daripada watak yang dilakonkannya di dalam drama Mak Cun. Manakala sebuah lagi koleksi beliau, Khalif, merupakan rekaan yang diilhamkan daripada pakaian yang digemarinya.

Koleksi-koleksi ini menggunakan kain kapas dan dijual pada harga yang berpatutan. Sejujurnya, koleksi ini bertujuan mengembalikan sifat tradisional dengan gaya wanita Melayu dan klasik. Erma berkata beliau hanya mahu memartabatkan pakaian yang masih berteraskan muslimah dan menutup aurat.

Selain daripada koleksi Mak Cun, admin nak kongsi 7 fesyen baju raya  paling trending dan mesti dimiliki tahun ini!

1. Mimpikita

Mimpikita tampil dengan paduan rona kuning dan biru pastel yang cukup memukau. Boleh didapati di FashionValet, baju kurung moden ini dijual pada harga RM657.00

 

2. MINAZ

MINAZ mengetengahkan konsep peplum dress dengan potongan mermaid. Potongan organza ditambah untuk impak yang lebih dramatik. RM339.00

 

3. Rizman Ruzaini

Hadir dengan fabrik crepe, baju kurung dari Rizman Ruzaini turut menampilkan perincian daripada kain lace dan riben. RM1,099.00

 

4. Rizalman for Zalora

Tampil berlainan dengan kebaya nyonya dengan sedikit elemen moden daripada Rizalman for Zalora ini. Pasti kamu tampak seperti gadis tradisional saat menyarungnya di pagi raya. RM1,315.00

 

5. Rico Rinaldi for Zalora

Kurung moden Mawar yang diperbuat daripada fabrik polyblend ini pastinya membuatkan kamu tampak lebih ‘wow’ di pagi raya. RM475.00

 

6. Jovian Mandagie for Zalora

Kombinasi moden dan tradisional menjadikan koleksi Jovian ini cukup sempurna. Diperbuat daripada fabrik heavy crepe, ia menyerlahkan sisi feminin kamu. RM479.00

 

7. Tom Abang Saufi for Zalora

Tom Abang Saufi hadir dengan potongan baju kurung rona kuning dengan pattern geometri yang cukup segar. Meskipun ia ringkas, tetapi sudah cukup untuk menarik perhatian tetamu yang hadir. RM449.00

SUMBER: BH ONLINE