Sebaik Presiden AS yang baru, Donald Trump mengambil alih pentadbiran, bagi gadis hijabi memang ada sedikit perasaan trauma berada di bandar besar. Bimbang akan disekat dari terus menggunakan hijab.

Ataupun mungkin akan diganggu pemuda jalanan sekiranya bergerak seorang diri dengan berhijab. Wartawan dari AreWeFamousNow, Kareem menguji kedaan ini dengan merakam situasi seorang wanita berjalan selama 5 jam tanpa hijab dan 5 jam berhijab di tengah bandar Mahattan, NYC.

Dari pengamatannya, sepanjang wanita ini berjalan tidak berhijab, ramai responden dari kalangan lelaki mengusik, bertegur sapa, bersiul sambil melemparkan kata-kata yang mengusik emosi seperti ‘hey gorgeous’ , ‘I love you’ ’blow kiss’. Bukan itu sahaja, pergerakan wanita itu juga turut diekori hingga menimbulkan rasa tidak selesa.

Berbeza pula dengan situasi 5 jam kemudian bagaimana  wanita yang sama mengenakan hijab berjalan di kawasan berkenaan sehingga lewat malam. Dalam video ini ternyata wanita yang berhijab lebih selamat  melalui kawasan berkenaan.

Tiada teguran dan sapaan oleh lelaki di sepanjang jalan. Malah, wanita ini nampak lebih berani berjalan seorang diri dengan mengenakan hijab tanpa gangguan lelaki seliling.

Video Rakaman Ditonton 15 Juta Sejak Dimuat turun.

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan memberi pandangan yang cukup baik. Ada antaranya yang memberi komen bersetuju bawaha wanita berhijab akan  dilindungi dan inilah yang telah tertulis di dalam Al Quran

Allah SWT berfirman:

Hai Nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya, ke seluruh tubuh mereka". yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang- Ayat 59 Surah Al-Ahzab ,

Dan Sesetengah responden berpendapat bahawa bukan hijab atau tidak berhijab seorang wanita itu diganggu, tetapi lelaki itu perlu hormat dan respek pada semua wanita.

SUMBER: AREWEFAMOUSNOW