KIta selalu diingatkan agar sentiasa menjaga kulit wajah agar kekal berseri, tidak kusam dan cepat nampak tua. Namun kadang kala kita sebenarnya tidak sedar ada beberapa perkara yang dilakukan dengan tidak sengaja hingga merosakkan kulit.

Perkara yang dillakukan ini memang nampak remeh tetapi kesannya pada kulit anda. Misalnnya tidak membasuh wajah selepas bermekap. Ini sebenarnya rutian harian yang wajib dilakukan ketika mandi.

Jika perkara basic pun malas dilaukan, tidak hairanlah akan timbu masalah jerawat, jeragat hingga menyebabkan sukar untuk dihilangkan. Admin nak share 29 perkara ini dan harap anda dapat ambil berat jika sayangkan kulit wajah.

1. Terlalu Banyak Klorin

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717977.1502596179!/image/image.jpg

Bagi yang gemar mandi di kolam renang, pastikan cuci wajah dengan bersih. Ini kerana walaupun anda sudah mandi, klorin masih melekat pada kulit anda dan ia boleh memberi tindak balas yang negatif pada ubat sapu, pembersih kulit dan juga losyen. Untuk betul-betul membersihkan klorin daripada kulit anda, sentiasalah gunakan sabun yang mempunyai banyak buih selepas anda keluar dari kolam renang.

2. Tidur Sebelum Membersihkan Mekap

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717978.1502596215!/image/image.jpg

Tidur sebelum membersihkan mekap pada wajah anda boleh menyebabkan jangkitan bakteria dan masalah pori-pori tersumbat. Kesan kotoran yang terlekat pada bantal anda juga boleh membuat anda jatuh sakit. Letakkan tisu mencuci mekap di sebelah katil anda supaya anda selalu ingat untuk membersihkan solekan yang boleh membahayakan kesihatan.

3. Meminum Kopi

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717979.1502596438!/image/image.jpg

Kafein adalah pesalah yang paling besar apabila kita bercakap mengenai kulit yang kering dan pertambahan kedutan pada wajah. Serikan wajah anda dengan minum banyak air kosong. Tambahkan hirisan buah-buahan seperti oren dan lemon ke dalam air untuk menambah perisa.

4. Memicit Jerawat

http://pwww.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717974.1502596036!/image/image.jpg

Dengan memicit jerawat yang ada pada wajah, anda akan menolak debu dan bakteria masuk ke dalam pori-pori. Hal ini akan menyebabkan lebih banyak jerawat tumbuh.

5. Melangkau Masa Makan

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717975.1502596062!/image/image.jpg

Melangkau masa makan boleh menyebabkan kulit anda menjadi semakin tua dan juga kering lebih cepat. Sentiasalah cuba untuk memasukkan vitamin C (buah oren), B3 (kekacang), E (avokado) dan A (ubi manis) ke dalam hidangan anda untuk mempunyai kulit yang sihat dan berseri.

6. Mandi Dengan Air Panas Untuk Tempoh Yang Lama

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717969.1502595695!/image/image.jpg

Kadangkala, mandi dengan menggunakan air panas adalah sesuatu yang menyeronokkan. Tetapi amalan ini sebenarnya menyebabkan hakisan pada lapisan epidermis anda yang paling luar, yang akan menyebabkan kulit anda kelihatan seakan-akan bersisik dan kering. Apabila kulit anda bertukar warna kepada merah dan berasa gatal semasa mandi, itu tandanya anda perlu berhenti.

7. Mencuba Terlalu Banyak Produk

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717967.1502595621!/image/image.jpg

Untuk mengelakkan kulit daripada menjadi rosak, cubalah sapu apa jua baru seperti kosmetik, losyen dan pembersih - pada bahagian kecil kulit anda. Pilihlah bahagian lengan untuk mengelakkan apa-apa tindak balas alergi yang tidak dijangka daripada berlaku pada wajah anda.

8. Tidak Meminum Air Yang Cukup

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717968.1502595659!/image/image.jpg

Penghidratan tubuh anda pada setiap hari bukan sahaja akan membantu dalam melambatkan proses penuaan, tetapi juga menyebabkan kulit anda menjadi lebih berseri-seri. Jika anda mengambil ringan tentang pengambilan air yang cukup, anda akan mempunyai kulit yang kasar dan ‘berkerut’.

9. Terkena Produk Rambut Pada Muka

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717966.1502595584!/image/image.jpg

Setiap kali anda hendak memakai semburan rambut, gunakan tuala bersih untuk menutup muka supaya kulit anda terlindung. Anda juga harus menggunakan cekak penahan peluh apabila anda ke gimnasium supaya produk rambut yang anda pakai tidak akan menitik ke bahagian muka apabila berpeluh.

10. Bercakap Di Telefon

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717961.1502595347!/image/image.jpg

Jika anda menghabiskan masa selama berjam-jam untuk bercakap di telefon, jerawat dan ruam akan mudah timbul pada bahagian rahang dan pipi anda. Pastikan anda sentiasa membawa tisu lembap antibakteria bersama anda untuk memastikan telefon (dan juga kulit) anda sentiasa dalam keadaan bersih.

11. Memakai Kaca Mata Hitam Yang Tidak Bersih

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717981.1502596807!/image/image.jpg

Anda perlu mengelap kaca mata hitam anda supaya ianya bersih, jagalah kebersihannya seperti anda menjaga kebersihan kaca mata biasa anda. Bakteria yang terkumpul pada kaca mata anda boleh masuk ke dalam pori-pori sepanjang batang hidung anda, yang akan menyebabkan pertumbuhan jerawat dan juga kegatalan.

12. Diet Yang Tidak Konsisten

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717948.1502593511!/image/image.jpg

Apabila anda menjalani proses diet yang tidak konsisten, ia akan menyebabkan beberapa kesan buruk pada kulit anda. Kenaikan dan penurunan berat yang kerap akan menyebabkan fiber di dalam kulit anda menjadi longgar dan menyebabkan timbulnya tanda regangan dan kenduran.

13. Tidak Cukup Tidur

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717976.1502596100!/image/image.jpg

Amalan tidur selama lapan jam semalaman bukan sahaja membuat anda kelihatan segar, malah ia juga akan membaiki dan menghidrat kulit anda. Apabila anda kurang tidur,  wajah akan jadi kusam dan pori-pori akan menjadi tersumbat.

14. Pengambilan Garam Yang Terlalu Banyak

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717971.1502595786!/image/image.jpg

Garam yang berlebihan dalam pemakanan anda akan menyerap keluar lembapan pada kulit, dan menyebabkannya kering dan kusam. Untuk mengelakkan keadaan ini daripada berlaku, kurangkan pengambilan makanan yang masin dan dapatkan pelembap muka yang menghidratkan kulit.

15. Menjulingkan Mata

http://pwww.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717964.1502595503!/image/image.jpg

Adakah anda selalu meninggalkan temu janji tahunan dengan optometris anda? Sudah tiba masanya untuk anda mencatatkan temu janji itu di dalam kalendar supaya anda tidak lupa. Pemakaian kanta lekap yang tamat tempoh dan kaca mata yang lama akan menyebabkan anda sering mengenyit dan menjulingkan mata. Ini akan menyebabkan timbulnya garis-garis halus dan kedutan di sekeliling bahagian mata anda. Untuk mengelakkan kesan penuaan ini, pastikan anda membuat temu janji dengan doktor mata anda sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun untuk memeriksa keadaan mata anda.

16. Terlalu Kerap Waxing

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717954.1502594949!/image/image.jpg

Elakkan daripada terus waxing apabila anda ternampak bulu yang baru tumbuh. Aktiviti waxing yang terlalu kerap akan menyebabkan kulit anda menjadi nipis dan mempunyai ketulan. Berikan lapisan kulit anda masa selama sekurang-kurangnya tiga minggu untuk tumbuh semula, lebih-lebih lagi pada bahagian-bahagian yang sensitif.

17. Bahan Kimia Dalam Air

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717973.1502596001!/image/image.jpg

Kulit yang terdedah kepada haba semasa anda mandi boleh menjadi kering. Perkara ini boleh juga boleh terjadi kepada bahagian kepala pancuran mandian anda. Dengan hadirnya pelbagai agen pembersihan dalam takungan air awam, jumlah bahan kimia yang terkumpul pada kulit anda boleh bertambah. Pasangkan penapis pada kepala pancuran mandian di bilik mandi anda untuk menghalang kulit anda daripada menjadi kering akibat klorin dan elemen-elemen lain.

18. Tidak Menghiraukan Bahagian Bibir Anda

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717958.1502595145!/image/image.jpg

Tiga hingga lima lapisan kulit berada pada bahagian bibir anda. Jadi, amatlah penting untuk anda menjaga kesihatan dan kecantikan bibir anda. Apabila anda selalu membiarkan bibir kering dan menggelupas, anda sebenarnya mempercepatkan lagi proses penuaannya. Carilah pewarna dan pelembap bibir yang mengandungi petrolatum, dimethicone dan gliserin untuk memastikan bibir anda sentiasa terhidrat.

19. Sarung Bantal Yang Kotor

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717972.1502595914!/image/image.jpg

Kulit anda berpeluang untuk berehat dan menanggalkan sel-sel yang mati semasa anda tidur. Sel-sel mati yang tertanggal itu boleh terkumpul sedikit demi sedikit pada bahagian sarung bantal anda, dan ia meninggalkan bakteria dan toksin. Untuk memastikan kulit anda sentiasa sihat, pastikan anda menukar sarung bantal anda sekali dalam tempoh dua minggu.

20. Terlalu Kerap Mengelupas Kulit

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717959.1502595193!/image/image.jpg

Pengelupasan kulit yang berlebihan boleh mengurangkan kandungan minyak yang diperlukan oleh kulit untuk menyerikan wajah anda secara semulajadi. Lakukan pengelupasan kulit sekali dalam tempoh seminggu untuk mengekalkan kesihatannya.

21. Selalu Mengerutkan Muka

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717956.1502595085!/image/image.jpg

Pergerakan yang berterusan pada bahagian otot muka akibat ekspresi wajah akan menyebabkan garis-garis kedutan timbul pada wajah anda. Untuk merehatkan kulit anda, cuba elakkan daripada mengerut dan mencebik wajah kerana ini akan menyebabkan kehadiran garis kedutan yang kekal pada bahagian muka.

22. Stres

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717960.1502595257!/image/image.jpg

Stres adalah musuh utama kepada kesihatan kulit anda. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan kulit jadi kusam, timbulnya masalah cela dan ruam. Malah garis kedutan yang terhasil daripada gerakan wajah juga akan kekal pada wajah anda. Untuk mengelakkan stres, ambil sedikit masa untuk melakukan perkara yang anda suka seperti membuat senaman yoga, membaca atau memasak.

23. Pengambilan Gula Yang Berlebihan

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717988.1502597749!/image/image.jpg

Apabila anda makan terlalu banyak makanan yang manis, ia akan menyebabkan kerosakan kolagen kulit anda, dan membuatkannya kelihatan kendur. Cuba kurangkan pengambilan makanan yang manis dan lebihkan pengambilan buah-buahan organik seperti nanas atau mangga.

24. Senaman Yang Tidak Mencukupi

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717962.1502595391!/image/image.jpg

Senaman dapat membantu dalam meningkatkan peredaran darah dan perkara ini akan menyebabkan wajah anda kelihatan berseri. Selain itu, ia juga membantu membersihkan badan anda daripada toksin, yang disingkirkan melalui pengeluaran peluh, dan membersihkan sel-sel mati yang akan membantu pertumbuhan sel-sel baru. Tanpa senaman yang teratur, anda akan nampak cepat tua.

25. Sesi Sauna

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717957.1502595121!/image/image.jpg

Minimumkan penggunaan sauna dan bilik berstim. Rawatan spa ini boleh menyebabkan pengenduran kulit (kerana ia mengurangkan keelastikan dan jumlah kolagen di dalam kulit) dari semasa ke semasa.

26. Terlalu Kerap Menggunakan Pendingin Hawa

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717989.1502598105!/image/image.jpg

Kurangkan penggunaan pendingin hawa di dalam bilik anda untuk meninggalkan sedikit kelembapan pada kulit. Jika anda terlalu kerap menggunakan pendingin hawa, anda hanya akan menyebabkan kulit hilang kelembapan yang diperlukan olehnya untuk berfungsi dengan sihat.

27. Menghirup asap rokok

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717955.1502595024!/image/image.jpg

Walaupun anda tidak merokok, berada di sekeliling orang yang merokok juga boleh menyebabkan kekenduran kulit dan mempercepatkan proses kedutan.

28. Mekap Yang Terlalu Tebal

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717963.1502595437!/image/image.jpg

Cuba elakkan memakai mekap untuk beberapa hari dalam seminggu untuk membenarkan kulit anda bernafas. Ini akan mengelakkan pori-pori daripada tersumbat dan pertumbuhan jerawat, di samping melambatkan proses penuaan.

29. Mencabut Bulu Kening Dengan Kerap

http://www.hijabista.com.my/polopoly_fs/1.717965.1502595548!/image/image.jpg

Mencabut bulu kening dengan terlalu kerap boleh merosakkan kulit anda. Mula-mula, anda harus membasuh pencabut bulu kening dengan menggunakan sabun antibakteria. Kemudian, letakkan tuala yang dibasahkan dengan air panas pada kawasan itu untuk membuka pori-pori. Selepas mencabut bulu kening, lembutkan kulit anda dengan losyen untuk mengelakkan pertumbuhan bulu. (Sebagai peringatan untuk wanita-wanita Muslim, mencabut bulu kening adalah tidak dibenarkan)

Pernahkah anda melakukan perkara-perkara yang tersenarai, kalau pernah, silalah ubah tabiat sebegini kalau sayangkn kulit anda.

SUMBER: ZOLACE