Tidur merupakan waktu yang penting untuk merehatkan tubuh badan kita setelah seharian penat bekerja. Tidur yang berkualiti akan menjamin kesegaran kita untuk keesokan hari.

 

Berikut adalah 10 cara mudah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti;

 

1. Minum teh herba
 
Teh herba dapat membantu anda relaks sebelum waktu tidur
 

 
 
2. Baca buku
 
Membaca buku kegemaran anda dapat membantu anda 'power down' dari hari yang sibuk
 

 
 
3. Letak tepi gajet-gajet anda
 
Cahaya biru dari gajet ini menperdayakan minda anda yang hari masih lagi siang. Ketepikan gajet anda 30 minit sebelum anda tidur
 

 
 
4. Makan snek yang sihat
 
Madu, kekacang dan bahan tenusu semuanya mempunyai persamaan; mereka mempunyai kompaun yang dapat membantu anda tidur
 

 
 
5. Membuat senaman regangan yang ringan
 
Senaman regangan dapat mengurangkan lenguhan sendi dan juga menenangkan serta 'prep' anda untuk tidur
 

 
 
6. Bermeditasi
 
Bagi kita yang muslim, solat sunat dua rakaat sentiasa membantu.
 

 
 
7. Memadam lampu
 
Barangan elektrik, jam loceng, lampu jalan - semua ini dapat menghalang anda dari tidur. Tutup atau halang pencahayaan ini dari sampai kepada anda
 

 
 
8. Makan malam awal
 
Tidur sebaik sahaja anda makan malam akan membuatkan anda tidak selesa. Pastikan anda makan malam awal dan ambil makanan yang ringan sahaja
 

 
 
9. Gunakan bauan yang memberi ketenangan
 
Minyak aromatherapi lavender dan 'tea tree' adalah minyak yang mempu memberi ketenangan. Titiskan beberapa titik minyak tersebut pada tempat tidur anda
 

 
 
10. Mengadakan rutin sebelum tidur
 
Melakukan rutin sebelum tidur dapat memberi signal kepada minda anda yang anda sudah bersedia untuk tidur. Pilih beberapa rutin yang mudah dan amalkan ia sebelum tidur
 

 
Mengamalkan tip-tip di atas dapat membantu anda untuk mendapatkan tidur yang berkualiti tanpa perlu berhempas-pulas di atas katil menanti lena yang tidak kunjung tiba. Selamat mencuba. - hb