Filem TOMBIRUO karya penulis thriller Ramlee Awang Murshid ini memang sangat ditunggu oleh pencinta novelnya. Bukan sahaja kerana watak utama Zul Ariffin yang memegang watak Ejim atau TOMBIRUO, tetapi juga setiap aksi dan lagak ngeri yang dilakonkan sepanjang 115 minit filem ini. Tapi admin nak ingatkan jangan SESEKALI buat 8 perkara ini kalau tak nak hilang TUMPUAN sepanjang menontonnya.

Tetapi admin nak ingatkan kalau sedang menonton janganlah sesekali buat beberapa perkara ini yang boleh spoil mood kita. Daripada rasa nak enjoy terus hilang mood gara-gara ada yang melakukan beberapa  perkara tertentu dalam panggung.

Beri tumpuan penuh.

Jadi selepas ini kalau pergi tengok wayang, TOLONG jangan lakukan 8 perkara ini yer

1. Buat Bising

Ini larangan paling utama kerana boleh ganggu tumpuan menonton cerita kegemaran. Kalau boleh untuk dua jam masa tontonan itu, elakkan bercakap dengan rakan sebelah walaupun ada hal penting. Kalau urgent sangat hanya bisik sahaja sudah memadai.

2. Main Telefon

Ini memang larangan paling keras. Tak salah berenggang sekejap dengan telefon anda. Bukan matikan sebaliknya buat dalam mood silent. Elakkan juga curi-ciri melihat pesanan ‘WhatsApp’ dalam telefon kerana cahaya dari telefon akan mengganggu tumpuan. Sekiranya panggilan itu sangat urgent, keluar sahaja dari panggung tanpa mengganggu orang lain.

3. Kerap Bangun

Perlu  diingatkan juga jangan kerap kali bangun kerana memang boleh mengganggu bukan sahaja tumpuan anda, tetapi juga penonton lain. Oleh itu, sebelum masuk panggung pastikan pergi toilet dahulu dan jangan minum terlalu banyak air.

IKLAN

4. Kunyah Makanan Dengan Kuat & Makanan Snek Berbau

Boleh kalau nak makan kudapan dalam panggung, tetapi carilah makanan yang kalau dikunyah tidak mengganggu tumpuan. Lebih elok tak payah makan apa-apa, terutama bila menonton filem yang berbentuk ‘heavy’ dan memerlukan tumpuan penuh. Satu lagi elakkan juga makan makanan yang berbau terlalu kuat hingga boleh menjejaskan tumpuan.

Elakkan makanan berbau.

5. Perkara Tak Senonoh

Jika datang dengan pasangan terutama suami isteri, simpan-simpan dulu rasa ‘mesra’ itu di rumah sahaja. Kalau boleh gurau senda juga tak boleh dipertontonkan dalam panggung wayang kerana cerita di ‘wayang’ lebih seronok untuk dihayati bersama.

6. Stoking Tidak Berbau

Macam biasalah kalau kita duduk selama dua jam di dalam panggung, memang lenguh kalau tanpa ada pergerakan lain yang menyelesakan. Memang lebih seronok jika dapat bersila dan membuka stoking. Cuma diingatkan jangan sesekali memakai stoking yang telah seharian digunakan. Hormati privasi orang kerana bau stoking kurang menyenangkan akan mengganggu tumpuan.

IKLAN

7. Jangan Sepak Kerusi Depan

Satu lagi yang perlu diingatkan adalah jangan sesekali anda tolak atau sepak kerusi di depan anda. Jaga kelakuan anda kerana perbuatan itu dianggap tidak menghormati hak orang lain. Kalau tidak sengaja cepat-cepat minta maaf pada pemilik kerusi berkenaan kerana boleh menyebabkan situasi tegang.

8. JANGAN SESEKALI ALIHKAN TUMPUAN PADA TAYANGAN FILEM TOMBIRUO – PENUNGGU RIMBA

Sangat rugi sekiranya anda alihkan tumpuan walau sesaat untuk menonton tayangan filem Tombiruo- Penunggu Hutan. Filem adaptasi karya novelis thriller nombor satu Malaysia, Ramlee Awang Murshid yang dibawa ke layar perak secara eksklusif dengan kerjasama empat penerbit Astrow Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan. Filem yang menelan belanja RM6 juta ini turut mendapat sentuhan dari pengarah yang mahir dalam bidang kesan visual dan aksi Seth Larney.

Filem ditunggu-tunggu tahun ini

Sepanjang 115 minit berada dalam panggung, terasa debaran jantung yang sangat laju menyaksikan setiap aksi hebat dilakonkan oleh pelakon terkenal. Penonton juga turut dibuai perasaan pabila disajikan pemandangan indah menyaksikan penggambaran yang dilakukan hampir 70% di Hutan Keningau Sabah. Penonton pasti terkesan dengan babak di mana seorang anak kehilangan ayahnya dan kesedihan dirasai sang suami yang hilang isteri dan ayah dalam masa sama. Serta keterujaan seorang wartawan dari Sinar TV, Wan Suraya dilakonkan Nabila Huda yang begitu berani membongkar misteri di sebalik semua yang terjadi.

IKLAN
Barisan pelakon dan tenaga utama Tombiruo di Malam Gala minggu lalu.

Filem ini mengisahkan Ejim yang digelar Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia. Apabila satu insiden yang tragis berlaku pada Tombiruo, ia telah menimbulkan kemarahannya dan dendam. Sementara itu Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya. Pergelutan di antara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing.

Farid Kamil memegang watak Amiruddin.

Tombiruo dibintang gandingan pelakon hebat seperti Zul Ariffin yang memegang watak Tombiruo, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Dato’ M. Nasir dan beberapa pelakon lain. Menurut Penerbit Eksekutif Grup Buku Karangkraf, Puan Firdaus Hussamuddin, ini kali pertama mereka menerbitkan filem daripada adaptasi novel yang telah diterbitkan pada tahun 1998. Karya agung ini telah diulang cetak sebanyak 18 kali.

Zul Ariffin memegang watak Tombiruo bersama penulis thriller, Ramlee Awang Murshid.

Jadi bagi peminat novel ini jangan lepaskan peluang menyaksikan sendiri filem yang diangkat ke layar perak menemui penonton 12 Oktober ini. Rasai dan alami sendiri perjalanan karya hebat, bak kata penulis sendiri, Ramlee Awang Murshid yang tidak menyangka Tombiruo yang ditulis 19 tahun lalu itu betul-betul wujud dan berada di depan matanya itu.

KREDIT FOTO: FB GRUP BUKU KARANGKRAF & TOMBIRUOMOVIE

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI