Sejak YB Nurul Izzah menang dalam pilihan raya yang lalu di Parlimen Permatang Pauh, populariti beliau semakin memuncak. Bukan sahaja netizen menggemari gayanya yang sederhana, tetapi stail tudung digayakan juga turut mencuri tumpuan. Sejak 20 tahun lalu, ternyata anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap setia menggayakan tudung bawal.

Ketika diundang menjayakan program bagi FBI LIve yang dikendalikan oleh Fara Fauzana dan Faizal Ismail, mereka telah membuat tinjauan sama ada hijab bawal atau selendang yang jadi pilihan ramai.

Manis sungguh senyuman YB @n_izzah kan. Siap setuju jom like ! #FBILive #

A post shared by OFFICIAL FBI LIVE (@fbi.live) on

Setelah kajian dilakukan, keputusannya memihak kepada mereka yang memakai tudung bawal. Sebanyak 56 peratus diperoleh melalui undi yang dilakukan di media sosial.

Nampaknya hijab bawal yang suatu ketika pernah jadi fenomena kini kembali viral untuk fesyen hijab paling diminati tahun ini.

IKLAN

Tidak mustahil raya ini, hijab bawal akan kembali popular di kalangan hijabi. Fabriknya yang lembut dan mudah dibentuk menjadikan bawal dilabel hijab ‘friendly’ berbanding selendang.

Dalam rancangan berkenaan juga, YB Nurul Izzah turut membuat hijab tutorial pada Fara Fauzana.

IKLAN

B I L A Y B . . . . . Datang konti Rumah Citer pasal Fafau Layan Caller Gaduh dengan Fafau Buat tutorial tudung Nakal time sekolah Mengaji Masak La Aku Surprisekan FBI . Kena tgk smpai hbs .. ?‍♀️?‍♀️?‍♀️ . 2 jam berlalu mcm tu je. TQ YB @n_izzah & team TQ @aidijuma for tudung bawal TQ @arianiluxe for shawl yg cantik . Utk yg 1stime tonton @fbi.live – inilah projek baru FBI & FF and boleh layan kami setiap hari Isnin- Jumaat 3pm . Apa pun, terima kasih pada semua yg menonton. Maaf andai kami terkasar tergurau tergelak ketika bersiaran sesama sendiri .. dah nama pun santai ? tu yg terkeluar aku kau dan ada adengan tolak bagai hahah bdk2 Assunta ni kasar diluar lembut didalam ? . Nota : Full video sila layan di youtube FBI TV atau facebook FAIZAL ISMAIL FBI . Notalagi : whos next? We are open to all ❤ . #farafauzana #fbilive #kontirumah #assuntarians #bilafafaufbibergabung #bilasusahinterviewkawan #bilakorangkenatgkpartlastFBIoverhahah

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on

Disiarkan di facebook FBI Live, rancangan bersama YB Nurul Izzah ini mendapat tontonan lebih 200 ribu dan hampir 4 ribu menekan butang share.

Untuk pengetahuan, kedua-dua personaliti ini adalah rakan baik kerana mereka pernah bersekolah sama di zaman remaja.

IKLAN

FBI Live adalah merupakan sebuah rancangan yang menggunakan medium sosial dikendalikan oleh bekas penyampai radio, Faizal Ismail sejak tahun lalu. Disiarkan di saluran facebook yang beroperasi dari rumah Faizal Ismail di Damansara.

Selain Faizal, Fara Fauzana juga turut diundang menjadi rakan penyampai dalam rancangan berkenaan. Pernah mengundang beberapa selebriti yang turut mengutarakan pelbagai isu semasa.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FBI LIVE

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI