Ibu mana yang tidak terkejut apabila  gambar anak perempuannya dirakam secara senyap oleh lelaki berbangsa asing. Malah, yang membuatkan ibu tersebut menjadi marah apabila mereka berani merakam gambar di tempat terbuka iaitu di sebuah pasar raya yang terletak di Kulim, Kedah.

Dek kerana sifat keibuan yang tidak mahu anaknya menjadi mangsa pedofilia, wanita tersebut nekad untuk bertanya dan meminta lelaki yang datang bersama beberapa orang rakannya itu untuk membuka galeri gambar di dalam telefon bimbitnya.

Ternyata telahannya tepat. Memang ada gambar anaknya telah dirakam oleh lelaki tersebut dan dengan perasaan amarah dia meminta lelaki tersebut membuang gambar-gambar anaknya. Dalam masa yang sama, wanita ini juga perasan terdapat beberapa gambar kanak-kanak lain yang turut dirakam oleh lelaki tersebut.

Jom ikuti perkongsian wanita bernama Siti Umairah yang memberi seribu satu manfaat buat kita semua. Semoga anda di luar sana sentiasa berhati-hati dan menjadikan cerita ini sebagai iktibar.

Foto: Facebook Siti Umairah

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani.

Post kali ni mungkin panjang sikit tapi inilah yang berlaku kepada saya ketika membelibelah di Tesco Kulim, Kedah. Tarikh kejadian 15.01.18, jam lebih kurang jam 9.00 malam. Saya tidak sesekali menyalahkan pihak Tesco dalam post ini. Harap anda semua baca sampai habis, baru komen. Dilarang maki hamun. Sila share post ini jika rasa berguna.

Tiba-Tiba Terpandang Sekumpulan Lelaki Berbangsa Asing

Saya dan Layla Salikin, kakak ipar Zadariah Zakaria berserta anak 3 org, mak ke Tesco Kulim nak beli diapers yang sedang offer. Sampai tesco, saya terlintas di kawasan baju kanak-kanak yang sedang offer jugak. Mak dah ke bahagian ikan ayam dll. Tinggal saya, Layla dan anak sedara, Zahra.

IKLAN

Tengah syok-syok saya pilih seluar dan acukan ke kaki Layla, mata saya terpana. 5 hingga 6 org bangla, salah seorangnya sibuk snap gambar Layla(saya agak je masa ni sebab kamera HP beliau menghala ke arah Layla). Bergetar badan ni haa. Depa ramai. Saya seorang diri.

Terus Pergi Serang Mereka

Saya gagahkan diri, bertanya dalam nada marah “buat apa?” Depa mula menjauhkan diri. Saya tolak troli dan ikut. Sambil jari menuding dan beri isyarat (mai sini) mulut saya lantang berkata “open camera gallery. Delete. I call police”.

Dan makhluk bangla yang pegang HP td patah balik dan mai depan saya. Yang lain dah x senang duduk dan ushar panas. Makhluk tu open gallery HP. Ada gambar Layla Salikin!!!!!! Dan saya perasan banyak lagi gambar, sepertinya gambar budak2!!!! Makhluk bangla delete gambar Layla. Mulut x berhenti cakap “Ok. Delete. Delete. Sorry. Sorry. I dont know. Sorry. No police”

Tidak Dilayan Pekerja Pasar Raya Tersebut

Allah. Gais. Ampa rasa???? Saya ketaq segala-galanya. Saya p cari mak dan kakak ipar. Saya cerita. Dan saya bertekad nak inform pihak tesco. Saya nampak 2 orang staff kat bahagian keju. Saya beritahu. Depa x layan!!!! Depa suruh p customer services sebab manager ada sana. Seriuslah bhai???? Saya call suami beritahu semua yang berlaku tadi.

Saya teruskan ambil apa yang saya mau, masih nampak segerombolan makhluk bangla tu masih berlegar-legar dengan tangan seorang tu masih pegang HP. Saya bayar, p kaunter customer service n cerita. Staff tu cakap, “ok. Kami akan berhati-hati.” What? Tu ja? Xmau tanya aku ka makhluk tu yang mana? (makhluk gerombolan tu sedang menuju keluar tanpa membeli apa-apa barang)

IKLAN

Ambil Gambar Mereka Senyap-Senyap

Demmit. celaru. Ikut mak n kakak ipar yang tunggu kat food court. Segerombolan tu lalu dan benti kat kedai cermin mata sambil menerai. Saya snap gambar depa. Depa perasan n bercakap-cakap. Saya buat-buat cakap kat HP. Lama depa tunggu situ. Saya tunggu abang kat food court tu. Abang saya mai, bagi anak-anak main dulu, baru turun ke parking.

Foto: Facebook Siti Umairah

Turun parking, abam polis tunggu kat kereta dah. Nak ambil keterangan. Saya tunjuk gambar yang daku sempat snap tadi. Tapi bak kata abam polis, x boleh buat apa-apa sebab segerombolan makhluk bangla tu dah balik. Allah.

Nasib Baik Mereka Tak Mengganas

Gais out there. Parents out there. Maaf. Ntah kenapa saya x suruh ja makhluk tu delete semua gambar anak-anak. Maaf. Saya sangat blur. Ntah dari mana daku dapat kekuatan p ikut depa, saya pun x tahu.

Please. Sambil kita cuci mata, rupanya ada yang “curi” (cahaya) mata kita. Dalam kes ni, alhamdulillah, saya terrr berani. N alhamdulillah segerombolan makhluk bangla tu x mengganas.

Ni ja yg saya nak bgtau. Abam polis cakap “kita takut kes penderaan seksual kanak-kanak ataupun kes culik”. Abam polis sangat frust sebab segerombolan tu dah blah. Nothing to do.

IKLAN

Hati-Hati Ketika Membeli-Belah

Terima kasih pihak Tesco sebab tolong call abam polis. Tapi staff anda kurang membantu. Terima kasih suami tercinta sebab call polis jugak. Sayang, lain kali jangan kalut sangat. Huhuhu. Takut anak kita abam polis dok tunggu kat kereta. Ramai plak tu. Yang mata-mata, yang berseragam, yang bermotor besaq.

Foto: Facebook Siti Umairah

Masa saya taip ni, saya masih ketaq. Layla Salikin dah tido. Kalau rasa penting, sila share. Tolong lah semua. Beringat. Beringat. Beringat.

Alhamdulillah, mata saya dapat tangkap kegiatan depa. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

Sumber: Facebook Siti Umairah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI