Melihat kelincahan wanita ini bagai tidak menduga dia pernah diduga dengan ujian maha hebat. Siapalah dia mahu menolak qadar dan qadar Tuhan. Walaupun jauh di sudut hati mahu menimang cahayamata sendiri, namun Tuhan masih belum mengurniakan rezeki padanya. Personaliti Farrah Adeeba yang sebelum ini gagal dalam ujian In Vitro Fertilization (IVF) tetap reda dengan apa yang berlaku. Dia kini tidak lagi menoleh ke belakang, kerana apa yang penting dirinya juga merupakan ibu kepada dua cahayamata angkat.

Ketika bertemu dirinya di majlis pelancaran Malaysia International Sport & Fitness Fair (MISFIT) 2018, lalu, wanita ini cukup aktif dalam mengendalikan program CSR kempen #stopperogoldarirumah yang dibawakan dengan kerjasama pelbagai pihak.

A post shared by Farrah Adeeba (@farrahadeeba) on

TIDAK MAHU RASA MENYESAL

Menurut Farrah Adeeba, dia sebenarnya reda dengan apa yang berlaku sebelum ini. Percubaan untuk menggunakan kaedah IVF dilakukan kerana tidak mahu rasa menyesal jika tak melakukannya. Tetapi hakikat sebenarnya dia memang seorang ibu kepada dua anak lelaki.

“Saya memang seorang ibu kepada dua anak lelaki yang sangat baik. Cuma dalam masa saya berharap jika dapat dikurniakan anak perempuan. Tetapi setelah percubaan pertama itu, saya bagi tau anak lelaki saya, terutama Muhammad yang ibu akan tunggu menantu dan cucu sahaja,” cerita Farah ketika ditanya mengenai percubaannya melakukan rawatan IVF hujung tahun lalu.

MUHAMMAD PALING KECEWA

Bercerita mengenai pengalamannya menjalani rawatan berkenaan, anak sulungnya Muhammad yang merupakan penyokong terkuatnya. Dia mengambil bahagian dalam setiap proses yang dilalui olehnya. Muhammad yang teman berjumpa doktor, ketika membuat suntikan, teman makan ubat dan dia juga yang mengingatkan Farah untuk berjalan perlahan sepanjang tempoh dua minggu berkenaan.

Menulis di laman instagramnya itu Farrah memberitahu Muhammad juga yang merasa sedikit kecewa apabila mendapat tahu keputusan ujian berkenaan negatif.

“Aktiviti fav dia selama 2 weeks wait pulak ialah google cari gambar baby yg montel montel dgn ibu. And i was purposely googling baby girl punya pics. Dia tak tau. Hehehehe. He wanted more brothers. Tapi kadang kadang dia redha dgn wish ibu sebab kesian tgk kita go thru pelbagai proceedure.

“Dia lah antara yg paling frust bila the pregnancy test was negative. When i said Allah nak bagi ibu menantu-menantu & cucu-cucu yg soleh/hah instead, jawapan itu ditolak mentah-mentah. Hahahahahaha… siap membebel penat lah mcm ni, rugi jer, stress jer bla bla bla mcm lah dia yg kena inject bagai for the past 2-3 months. Kita pulak balik balik kena motivate dia.

IKLAN

My #ivfjourney was NEVER about motherhood. Because I AM already a mother. And my 2 sons are the best children any mother could ever dream of. Both of them were the ones who gave me strength to go thru ivf. Esp Muhammad, my eldest. He was one of the strongest supporter thru out this journey. Antara paling mengharap jugak. Huhuhu. Dari jumpa dr., belajar inject, teman inject, teman makan ubat, tukang remind ibu jln pelahan lahan, cheered me up during the 2 weeks wait. Semua tu muhammad actively participated. Semangat sgt dia. Aktiviti fav dia selama 2 weeks wait pulak ialah google cari gambar baby yg montel montel dgn ibu. And i was purposely googling baby girl punya pics. Dia tak tau. Hehehehe. He wanted more brothers. Tapi kadang kadang dia redha dgn wish ibu sebab kesian tgk kita go thru pelbagai proceedure. Dia lah antara yg paling frust bila the pregnancy test was negative. When i said Allah nak bagi ibu menantu-menantu & cucu-cucu yg soleh/hah instead, jawapan itu ditolak mentah-mentah. Hahahahahaha… siap membebel penat lah mcm ni, rugi jer, stress jer bla bla bla mcm lah dia yg kena inject bagai for the past 2-3 months. Kita pulak balik balik kena motivate dia ? I dont know about other kids, but my muhammad dari kecik will tell me that he loves me on daily basis. Berkali-kali! Masa kecik dulu siap mengigau cakap “ibu i love you”. Tidur pun ingat kat ibu ? I pun tak cakap sekerap tu kat my own mom (which i should). He is my partner in crime esp bila involving outdoor activities (coz hubby is more an indoor person). He is my bff! P/s: Now we have an additional partner in crime: HARITH. paling best harith partner ibu bab makan. Hahahahaha #motherhood #alwayscountourblessings

A post shared by Farrah Adeeba (@farrahadeeba) on

TIDAK AKAN LAKUKAN LAGI

Farah juga memberitahu insya-Allah dia tidak akan melakukannya (rawatan berkenaan) sebaliknya hanya akan fokus dan beri tumpuan kepada mereka berdua sahaja. Apatah lagi dia juga kini sibuk dengan kempen #stopperogoldarirumah yang dijayakan bersama MISFIT 2018.

Walau bagaimanapun bagi mereka yang mahu terus mencuba dapatkan anak melalui kaedah ini Farah memberitahu kita sebagai ibu diberi hati dan perasaan oleh Tuhan dan berapa banyak kanak-kanak lain di luar sana yang memerlukan kasih sayang kita sebagai ibu. Jadi tidak salah pergi dapatkan mereka dan curahkan kasih sayang yang sepatutnya.

Dia juga sebenarnya cukup beruntung kerana mempunyai anak-anak yang begitu menyayagi dirinya sepenuh hati. Anak-anaknya memberitahu mereka sayang dirinya, mencium dan memeluknya setiap hari.

A post shared by Farrah Adeeba (@farrahadeeba) on

NAK RASA PENGALAMAN MENGANDUNG

Farah merasakan dirinya cukup beruntung kerana dikurniakan dua anak yang tahu menghargai kasih sayang yang diberikan. Ini kerana tidak semua ibu bapa diraikan oleh anak mereka dengan cara begini.

IKLAN

“Anak-anak saya cium dan peluk saya setiap hari. Saya sendiri tidak berkata begitu pada mereka. Dan inilah sebenarnya anugerah tidak ternilai dan berharga yang Allah berikan pada saya.

“Jadi saya tidak rasa kempunan untuk bergelar ibu kerana saya memang sudahpun menjadi ibu kepada anak-anak saya,” cerita Farah yang melakukan rawatan IVF kerana mahu merasai pengalaman mengandung.

Dan percubaan pertama itu sudah membuat dia puas hati dan Farah juga tidak sedih walaupun usahanya kali pertama itu tidak berjaya.

AKUI SEDIKIT BEREMOSI

“Saya memang jadi sedikit emosi pada hari berkenaan. Biasalah macam bila kita ambik exam. dah berusaha pasti kita nak capai kejayaan. Tapi dalam erti kata sebenarnya saya sangat gembira kerana sepanjang tempoh dua minggu (dalam rawatan) saya tak boleh langsung angkat benda berat, lagi-lagi anak saya.

“Jadi apabila rawatan berkenaan gagal, saya gembira dapat peluk dan angkat baby saya semula. Rasulullah juga ada berpesan untuk kita berkata alhamdulillah dalam apa jua situasi. Jadi itulah yang saya ucapkan dengan ujian yang diberi oleh Allah ini,” tambahnya yang berkata, insya-Allah percubaan rawatan berkenaan adalah yang pertama dan terakhir kerana selepas ini mahu beri tumpuan pada anak-anaknya.

A post shared by Farrah Adeeba (@farrahadeeba) on

IKLAN

Bercerita kempen #stopperogoldarirumah ini Farah menekankan kepada semua golongan masyarakat harus peka dengan persekitaran. Perlu ada sikap ambil peduli untuk terus melaporkan jika melihat sesuatu yang mencurigakan berlaku sama ada adik perempuan, anak murid atau anak mereka sendiri.

Mangsa dalam hal ini perlu tahu jalan keluar dan ibu-ibu juga harus bersuara kerana apa yang kita tahu kes sudah mengandung. malah bapa juga perlu bercakap dalam soal ini yang sudah menjadi satu masalah serius dalam masyarakat kita.

Kempen ini juga sebenarnya akan mengajar di mana semua masyarakat perlu jadi berani pada tempatnya. Dan kita juga mahu kongsi bahawa ada platform yang menyediakan kemudahan ‘on stop centre’ bagi yang berhadapan masalah ini.

Inilah informasi yang kita mahu beritahu pada masyarakat kerana ramai yang tidak tahu mengenainya. Dan akhir sekali paling penting adalah pencegahan kerana ia lebih penting dari merawatnya. Kita juga akan masukkan Al-Quran dan sunnah dalam kempen berkenaan.

MISFIT • MISFIT 2018 PRESS CONFERENCE & PRE LAUNCH @misfitfair @misfitrun Food?@Padangsonwheels Drinks? @Redbull Event space? @ruangeventspace Photographer?@megat0 & @gileon.b Volunteers??‍♂️ @kolejkomunitihq @calaburacherrytea @moolarbar Malaysia International Sports and Fitness Fair 2018 3-5 Aug 2018 PWTC Kuala Lumpur 5-7 OCT 2018 PERSADA Johor • MISFIT with campaign #stopperogoldalamrumah • Bersama @alifsatar @profmuhaya @daphneiking @amberchia @officialmizznina @adamcorrielee @dayahbakar @amin_idris @farahnabilahofficial @farahlee_ @anazizan12 @yasminhani @azizahariffin @jmandagie @bellayunus @dianaamir @nanaalhaleq @atiliaharon • #stopperogoldalamrumah #stoprapistinthehouse #misfitfair #misfit #misfitmalaysia #misfit2018 #event #exhibition #sportsmalaysia #timesup #support #befit #sports #health #lifestyle #sukan #sukanmalaysia #malaysia #malaysialifestyle #malaysiasports

A post shared by MISFIT RUN (@misfitrun) on

Misfit 2018 akan melibatkan pemain industri sukan tempatan dan antarabangsa seperti profesional, pengilang, pengimport, pengeksport dan peruncit. Mereka adalah yang terlibat dalam aksesori dan pakaian sukan, kelengkapan dan fasiliti sukan, pendidikan dan sekolah sukan, acara dan pertandingan sukan, makanan sihat dan tenaga, sukan pemulihan dan rehat serta e-sport.

Akan diadakan buat julung kalinya di dua lokasi iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 3 hingga 5 Ogos dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada 5 hingga 7 Oktober nanti.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FARRAH ADEEBA

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI