Pasti ramai yang terpesona melihat solekan ringkas yang dikenakan pelakon kecil molek Elfira Loy di majlis pertunangannya. Walaupun tanpa melukis kening, solekan di bahagian mata tetap menyerlah kejelitaan Elfira.

Pelakon ini juga memang sedia maklum agak particular bab menjaga keningnya. Masih teringat sesi fotografi dengannya sudah diingatkan pada jurusolek agar jangan buat apa-apa pada keningnya. Biarkan ia semula jadi dibentuk begitu tanpa membuang atau mencukur supaya kelihatan nipis.

Bagi yang tidak mempunyai bulu kening pula pastinya akan berasa sedikit malu dan kelihatan sedikit tidak menarik. Walaupun kening boleh dilukis menggunakan pensil kening, tetapi ada beberapa cara semulajadi yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kening tebal.

Ini adalah cara paling mudah untuk melebatkan kening anda:

Minyak Kelapa – Untuk mendapatkan kening penuh berani dan tebal, anda boleh menggunakan minyak kelapa. Ini membantu mempercepatkan proses pertumbuhan dan menggalakan pertumbuhan bulu kening yang tebal. Caranya dengan menyapu terus ke kening dan biarkan semalaman.

IKLAN
Sapu pada kening dan biar semalaman.

Vaseline – Vaseline atau jeli petroleum berkesan untuk membuat kening anda tebal. Sapukan bahagian kecil di kening anda 3 hingga 4 kali sehari dan anda boleh lihat hasil yang positif dalam tempoh 3 bulan.

Urut – Mengurut kening adalah cara yang baik untuk meningkatkan pertumbuhan kening. Mengurut di kawasan sekitar kening anda dengan minyak zaitun selama 5 minit setiap hari.

IKLAN
Rajin-rajinlah urut kening.

Vitamin B & D  – Ini penting kerana ia memberi kesan kepada organ dalaman dan penampilan fizikal anda. Makan makanan yang kaya dengan vitamin B & D untuk meningkatkan pertumbuhan rambut. Ia akan membantu menguatkan bulu mata dan kening, malah dapat menentang kesan bahaya produk berasaskan kimia seperti maskara dan celak.

 Minum Air – Air adalah baik untuk kesihatan anda secara keseluruhan. Ia membantu membuanh semua bahan toksik daripada tubub anda melalui air kencing. Mula minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas air setiap hari. Ini akan meningkatkan sistem badan dan meningkatkan pertumbuhan bulu kening.

IKLAN
Minum air untuk meningkatkan pertumbuhan kening.

 ELAKKAN: Losyen dan over-plucking. Apabila anda menyapu krim atau losyen di wajah, kalau boleh elakkan dari terkena di kening. Hal ini kerana bahan kimia pada losyen/krim boleh merosakkan folikel bulu kening dan menghentikan pertumbuhan.

Artikel Berkaitan: Kecilkan Paha Sado Dengan Minum Air Rebusan Jintan Manis

SUMBER: VIA PETUA IBU

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI