Walaupun Ramadan ini bulan untuk kita memberi perhatian lebih pada soal ibadah, tetapi kesihatan tubuh juga perlu dititikberatkan. Memanglah kita menahan lapar dan dahaga sepanjang hari, tetapi bolehkah kita menahan nafsu melihat pelbagai juadah enak ketika berbuka puasa?

Ramai yang memang tidak fikir fasal diet apabila berbuka kerana yang penting hajat dapat ditunaikan. Ketika ini amalan pemakanan seimbang diabaikan begitu sahaja.

Kredit foto: Pinterest

Boleh makan apa yang disukai, tetapi pergerakan fizikal amat penting untuk memberi keseimbangan berat badan anda.

Admin kongsi 5 tip yang boleh buat badan anda kurus sepanjang Ramadan ini. Kata orang sambil mengumpul pahala, badan pun tetap maintain untuk menyarung pakaian disukai Syawal nanti.

1. Merancang aktiviti fizikal

• Lakukan 15-45 minit senaman ringan seperti berjalan, mengemas rumah dan sebagainya. Ianya baik untuk pengedaran darah semasa berpuasa.

• Kurangkan tidur dan lebihkan solat yang juga merupakan satu senaman. Anda dapat membakar sebanyak 60-80 kalori (mengikut berat badan anda) dengan menunaikan solat 5 waktu atau 17 rakaat.

• Solat tarawih adalah juga satu kegiatan fizikal yang menguja kekuatan anda. Cuba kirakan berapa kalori dibakar apabila anda mengerjakan solat tarawih 20 rakaat?

IKLAN

• Tahukah anda, anda dapat membakar 50-80 kalori  membaca selama satu jam? Bacalah Al-Quran di mana-mana jua anda berada. Ia membuatkan anda sentiasa peka dan minda anda juga dapat diasah.

Kredit foto: Pinterest

2. Makan mengikut kalori  yang bersesuaian

• Mengambil sebanyak 1200-2000 kandungan kalori setiap hari.

• Walaupun puasa kita masih perlu mengira secara terperinci kandungan kalori setiap makanan . Jangan lupa dua biji kurma mengandungi sekurang-kurangnya 45 kalori. Kalau anda memakan 10 biji kurma, anda telah mengambil sekurangnya 225 kalori.

• Makanlah seperti sediakala. Tidak perlu ditokok tambah pemakanan anda semasa berbuka puasa.

3. Berbuka dengan makanan penurunan berat badan

• Lebihkan makan buah-buahan yang mengandungi banyak serat dan vitamin.

IKLAN

• Makan makanan yang  tinggi fiber & protin untuk menyeimbangkan kandungan gula, menghilangkan rasa lapar dan berlebihan makan.

• Elakkan makanan yang bergoreng dan berminyak.

4. Mengawal kadar pengambilan air

• Minum dengan kadar yang bersesuaian dengan berat badan.

IKLAN

• Elak mengambil makanan yang masin kerana boleh menambahkan rasa dahaga di siang hari.

• Elakkan minuman berais atau minum secara berlebihan semasa berbuka.

5. Rancangkanlah pemakanan anda

• Bangun sahur dan mengambil makan dan minum yang secukupnya untuk bekalan puasa seharian.

• Membeli dan menyediakan juadah yang berkhasiat dan bersahur dengan kadar yang mencukupi.

• Sama-samalah kita elakkan pembaziran wang dan makanan.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI