Bagaikan ada perasaan trauma menyelubungi wanita berhijab sebaik Donald Trump diangkat menjadi presiden AS yang baru.

Ada sesetengah daripada mereka mengganggap hidup mesti diteruskan dan ada juga merasakan ada perkara lain lagi harus ditakuti daripada tanggapan orang tentang golongan hijabi.

Seorang blogger Fatima Abdallah memberika pendapat peribadi bahawa di kalangan mereka yang berhijab sebenarnya tidak rasa selesa mengenakan hijab.

Dalam satu temubual untuk siaran radio Fatima memberitahu apa yang perlu ditegakkan oleh seorang wanita Islam yang berhijab yang menetap di Amerika Syarikat kini.

Temubual itu turut bersama blogger Kendyl Aurora dan Mariana Aguilera untuk radio dokumentari HIJABIS NEW YORK, mereka telah membuat eksperimen mengenai pakaian yang sesuai dipakai hijabi di AS.

Women wearing hijabs protested against Donald Trump's immigration ban in New York in January

Menurut mereka, sebahagian besar, di mana fesyen yang pertengahan (merujuk golongan hijabi) telah menjadi perhatian umum pada sejak kebelangkangan ini.

Misalnya Nike salah satu jenama sukan yang besar berani menampilkan pakaian sukan HIJAB Februari lepas di NYC Fashion Week, tetapi pada masa yang sama sesetengah wanita Muslim menghadapi prejudis apabila isunya datang dengan pakaian seharian yang mereka pakai.

Fatima, Kendyl dan Mariana turut menggambarkan perubahan yang mereka dapati sejak beberapa bulan yang lalu di dalam INSTAGRAM.

 

Fatima Abdallah

Fatimah berkata wanita hijabi sering 'tidak tahan dengan tanggapan negati' dan sebab itulah mereka telah memutuskan untuk meninggalkan hijab dan mereka ini berada di dalam golongan yang serba salah.

"Mereka anggap menanggalkan hijab kerana tanggapan masyarakat adalah satu tindakan yang tidak salah," katanya.

"Terdapat kekurangan toleransi tentang apa yang kita dan bagaimana kita berpakaian. 

"Saya rasa seperti kebencian melebihi dari memahami di dalam masyarakat kita." 

Fatima bercita-cita untuk membantu orang lain berasa selesa apabila mereka memakai tudung.

 

Kendyl Aurora

Kendyl Aurora yang dibesarkan dalam agama Roman Katolik memeluk Islam ketika berumur 18 tahun. Ketika menganut agama Islam nenek Kendyl terlalu risau tentang keselamatan dia.

"Dia sentiasa memberi galakkan mengenai perjalanan Islam saya tetapi dia bertanya kepada saya, jika masih boleh menjadi Muslim dan tidak memakai tudung," kata Kendyl.

Kendall berkata, dia memberitahu neneknya bahawa dia boleh berhenti memakainya tetapi tidak berbuat demikian kerana ia suatu perbuatan yang terlalu 'menyayat hati'.

 

Mariana Aguilera

Sementara itu bagi Mariana Aguilera, pengasas fesyen online dan penulis lifestyle magazine THE DEMUREIST, berpendapat Donald Trump mewujudkan perpecahan antara rakyat Amerika Syarikat.

"Kami mempunyai seorang pemimpin di negara yang tidak sedar sejarah dan undang-undang negara kita," kata beliau.

Mariana berkata sejarah fesyen yang sederhana yang akan berkekalan berbanding fesyen hip-hop, street wear yang ada di mana-mana."

Penulis berpendapat  perlu meneruskan kehidupan dalam menegakkan syiar islam.

SUMBER: NEWSBEAT