Baru-baru ini viral di media sosial, apabila ramai mempertikaian tudung selebriti cilik Mia Sara yang dikatakan singkat juga menyarung baju menampakkan susuk tubuh. Teruk Mia Sara dikritik netizen yang beranggapan tidak sesuai Mia berpenampilan begitu.

Menyedari perkara itu, bapa Mia Sara tampil memohon maaf atas kekhilafan anaknya yang sedang meningkat remaja itu. Dia menerima kritkan netizen dan turut menjelaskan baju yang digayakan Mia tidak ketat yang diperkatakan sehingga menampakkan bahagian dadanya.

“Saya mengaku tudung dipakai Mia agak singkat dan saya terima teguran netizen. Namun baju tidaklah seketat seperti yang anda Nampak dalam gambar itu. Kalau lihat secara berdepan, baju itu longgar sahaja. Mungin ini disebabkan sisi kamera yang mengambil gambar itu sehingga bahagian dadanya Nampak jelas,” ujar bapa Mia, Ridz ketika dihubungi Mstar Online.

Ramai beranggapan penampilan Mia pada Festival Filem Malaysia ke 29 itu tidak sesuai dengan usianya. Walaupun telah dijelaskan ayahnya bahawa persiapan dilakukan saat akhir dan baju Mia disiapkan sehari sebelum majlis berprestij itu.

Ternyata sebagai seorang ayah, dia tidak melatah sebaliknya mempertahankan tindakan Mia yang teruk dikritik netizen. Ridz turut merasakan Mia kelihatan cantik dengan busana yang digayakannya malam itu.

“Untuk netizen yang memberi komen positif itu saya ucapkaan terima kasih. Yang positif itu saya dan Mia biarkan sahaja,” ujarnya lagi. Admin rasa kasihan pada Mia yang teruk dikritik penampilannya malam itu oleh netizen.

Pada admin baju digayakan Mia memang sangat cantik dan begitu menyerlah dengan paduan rona terang. Rasanya lamai lagi artis lain berpakaian seksi yang patut mendapat perhatian netizen. Apa pun mungkin netizen sangat sayangkan Mia dan tidak mahu Mia berpaling dari penghijrahan yang dilakukan sebaik pulang dari melakukan umrah dua tahun lalu.

Biarpun dilanda kontroversi, tetapi Mia mengambil sikap tidak komen apa-apa sebaliknya pengikut Mia juga bertambah menjadi 1 juta. Sebelum itu dia memang mengharapkan followernya akan bertambah menjadi 1 juta sebelum harijadinya. Ternyata follower tetap menyokong Mia dan buktinya pengikut Mia kita sudah 1 juta.

Alhamdulillah… Hari yang enuh bermakna bagi Mia. Lama dah Mia cuba #Misi1M . Akhirnya harini tercapai. Sebelum birthday Mia pulak tu. . Terima kasih semua yang follow Mia! Terima kasih papa yang tak penat2 mendidik Mia dan jadikan siapa Mia Sara sekarang ni. Terima kasih semua yang support Mia dari dulu sampai sekarang. Love you all! 😘😘 . Tak lupa kepada semua acc yang post ajak org follow Mia. Korang memang AWESOME! 🎉🎉 . THIS IS MY BIGGEST BIRTHDAY PRESENT FROM ALL OF YOU… 😍 . Ok jom sambung study untuk PSRA. Study sambil senyum2. 😁 . . p/s: ingat untuk subscribe youtube Mia. Nanti Mia nak release video baru lagi untuk korang semua. 😊 . #MiaSaraNasuha #MSCouture #Shuhrah #MiaYoutube #1MFollowers #1million

A post shared by Mia Sara Nasuha (@therealmiasara) on

Apa pun jika diintai dilaman sosial Instagramnya, gaya memang Mia menepati usianya yang baru mencecah 12 tahun. Cukup santai dengan jean dan tshirt sahaja yang digayakan dengan hijab dililit ringkas.

Ayuh lupakan cerita viral itu dan layan, 7 gaya menarik Mia Sara yang memang nampak comel dan manis sekali!

1. Cantik

2. Gaya seorang kanak-kanak yang meningkat remaja

3. Gaya santai

4. Memang comel

5. Bijak bergaya

6. Ceria

7. Pandai mix & match

Tinggalkan Komen