Ahamdulillah semalam terlerai segala teka-teki apabila penyanyi No 1 negara, Datuk Siti Nurhaliza disahkan hamil anak sulungnya. Beliau yang mengucapkan syukur atas anugerah ‘agung’ ini setelah hampir 11 tahun menanti. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan membenarkan apa yang dihebohkan di media sosial baru-baru ini.

Heboh sebelum ini di laman sosial di mana sekeping gambar Datuk Siti yang mencemar duli menerima kunjunganKebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah di kediamannya seperti menampakkan ‘baby bump’.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah pada beliau dan ada yang membuat andaian, kandungan Siti kini sudah masuk 2 bulan.

Peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan Siti turut mendoakan kesejahteraannya yang ketika ini ditinggalkan suami tercinta, Datuk K yang mengerjakan ibadah haji di Mekah.

Biarpun pelbagai komen dan ucapan tahniah diberikan, namun tiada kenyataan balas dari Siti dan hanya membiarkan peminatnya bermain teka teki.

Walau apa pun, memang Siti nampak sedikit berisi tetapi beliau masih lagi cantik dan comel. Kalau betul penyanyi no 1 kini hamil, memang inilah dikatakan seri ibu mengandung.

Baca Lagi : http://stghijabista.karangkraf.com/surah-al-baqarah-ayat-1-hingga-5-antara-ayat-pendinding-untuk-elak-diri-daripada-terkena-sihir/

Sebelum ini, Siti pernah hamil tetapi keguguran apabila usia kandungannya 2 bulan. Diharap kandungan kali ini akan membesar sihat dan Siti melalui frasa kehamilan hamil dengan penuh keseronokan.

Mendirikan rumah tangga pada 2006, mungkin inilah hadiah terindah sempena sambutan ulang tahun ke 11 mereka Ogos lalu.

Kalau Betul Foto-foto Inilah Bukti Dikatakan Seri Ibu Mengandung

#Salam penuh kerinduan

#Beri sokongan

#Sambutan ulang tahun perkahwinan ke 11

#Belanja selfie

#Jumaat yang barakah

#Senyuman manis

#Cantik

KREDIT FOTO: Instagram CTDK

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI