Kadangkala dalam hidup kita pasti akan berduka kan? Tipulah kalau kita sentiasa bahagia 24 jam. Kadangkala, kita mungkin nampak ceria di mata manusia namun dalam hati siapa yang tahu kan.
Untuk membahagiakan hati, hanya kepada Allah sahajalah kita boleh sandarkan harapan kita. Bila kita berbicara dengan Dia, itulah momen yang paling indah sebenarnya.
Bagi ketenangan diri, kita boleh menghafaz Surah Ad-Dhuha . Surah ini dikatakan sebagai surat cinta dari Tuhan. Mari ikuti kisahnya melalui perkongsian @An_Nu3Man di akaun twitternya yang telah mendapat hampir 18 ribu retweet.
Surah Ad-Dhuha sebagai penghibur duka.
Allah mulakan Surah dengan sumpahan.
Malam disifatkan sebagai suasana yang sepi.
Ayat cinta yang terindah…
Allah pujuk hati yang sedih dan berikan harapan.
Allah gembirakan hati Rasulullah S.A.W.
Jangan lupakan segalanya hanya disebabkan masalah yang kecil.
Ingat antara kebaikan ini.
Allah menguji hambaNya tanda sayang.
Semoga kita semua dapat menghayati bait-bait ayat dalam surah ini dan beroleh ketenangan yang didambakan. Selamat beramal !
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masjid Runtuh, Cederakan 30 Jemaah, 10 Lagi Temui ‘Ajal’ Ketika Sujud!
Kelmarin, dunia digemparkan dengan berita menyayat hati apabila sekurang-kurangya seramai 10 individu dilaporkan menemui ajal ketika sedang bersujud dalam satu tragedi ngeri melibatkan sebuah masjid di Nigeria.
Selain itu, kejadian sama melibatkan Masjid Pusat Zaria, Kaduna, itu dikenalpasti turut mengakibatkan seramai 30 jemaah lain mengalami kecederaan ekoran dihempap runtuhan masjid berkenaan dan telah dikejarkan ke hospital di Zaria untuk menerima rawatan susulan.
Sewaktu Kejadian, Jemaah Sedang Sujud Ketika Solat Asar – Saksi
Hijabista difahamkan menurut seorang saksi, Mallam Shehu Nagari yang juga metupakan antara jemaah yang terselamat mendedahkan bahawa, kejadian itu berlaku mereka sedang melakukan sujud ketika menunaikan solat Asar.
Jelasnya lagi, sebahagian besar daripada binaan masjid itu runtuh secara tiba-tiba dan menimpa mereka yang sedang berada dalam ruangan solat itu.
“Kami hanya mendengar bunyi yang kuat dan melihat sebahagian masjid runtuh menimpa beberapa jemaah yang sedang solat.
“Tetapi, sukar bagi kami untuk melihat dengan jelas. Kerana keseluruhan persekitaran ruang solat masjid dipenuhi debu, sebaik sahaja insiden itu berlaku”, ujarnya.
Artikel berkaitan: Altimet Tunai Tanggungjawab Pertama Sebagai ADUN Lembah Jaya, Ajak Orang Ramai Imarahkan Masjid!
Bagaimanapun, punca bagaimana insiden itu berlaku tidak dijelaskan dengan nyata. Justeru, Hijabista mendoakan agar mereka yang telah kembali ke rahmatullah agar rohnya dicucuri rahmat dan semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang sedang menerima rawatan susulan.
Malah, ikhtibar yang dapat kita pelajari dari insiden ini adalah ujian Allah itu datang dalam pelbagai bentuk dan tidak mengira waktu.
Kita sebagai hambanya perlu redha dan bersedia dengan setiap ketentuan. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang sesuatu dalam kehidupan, namun Allah itu sebaik-baik perancang.
Sumber: Sahara Reporters
Artikel berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah, Solat Di Negara ‘Bukan Islam’ Yang Tiada Surau Atau Masjid
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Neelofa Amalkan Doa-doa Ini Untuk Dipermudahkan Urusan Dalam Kehidupan
Tidak siapa dapat menyangkal betapa besarnya kuasa doa selain menakjubkan kerana ia lafaz puji-pujian untuk memohon sesuatu yang dihajati daripada seorang hamba kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Ghafir: 60)
Dalam kitab Ad-Daa’ Wad Dawaa’, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menyifatkan doa sebagai ubat yang sangat bermanfaat, sekali gus diibaratkan musuh bagi segala bencana dan musibah yang menimpa kaum Muslimin.
Saidina Ali Abu Talib RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: Doa ialah senjata kaum Muslimin dan tiang agama serta cahaya langit dan bumi. (HR Hakim)
Amatlah rugi jika kita tidak berdoa terutama sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Malah dengan melazimi amalan berdoa, ia akan merapatkan seseorang dengan Allah SWT secara rohani.
Melihat kepada kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh Neelofa yang merupakan seorang usahawan wanita berjaya selain selebriti, nyata wanita ini punya amalan doa yang tersendiri.
Rupa-rupanya ini doa-doa yang diamalkan dalam rutin seharian.
Perbuatan berdoa juga tergolong dalam ibadah. Orang yang sentiasa mengamalkan doa dalam hidup juga dijanjikan ganjaran dan keberkatan bukan sahaja di dunia, malah lebih penting di akhirat kelak.
Sumber kredit: Instagram lofa.page
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Yang Sering Merasakan Jiwa Tidak Tenteram, Ini Merupakan Cara Untuk Mendapatkan Ketenangan..
Sebagai manusia biasa setiap hari kita akan mencari ketenangan diri di saat menghadapi masalah. Kadang-kadang ketenangan merupakan perkara yang kita inginkan kerana ingin mencari jalan keluar. Tahukah anda, apabila muncul masalah dan anda kerap merasa kegelisahan, cemas, stres. Ini akan mengakibatkan anda menjadi seorang yang negatif!
Kadang-kadang masalah itu hadir saat tidak diduga dan sentiasa mempunyai jalan penyelesaiannya. Anda sering menjadikan itu alasan kerana hati bukan dalam keadaan tenang dan terlampau memikirkan sehingga jatuh sakit dan negatif.
Di dalam firman Allah SWT dalam QA Al-Insyirah (94:6): “Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” Jadi ini merupakan jalan supaya anda merasa tenang dan tenteram.
Carilah ketenangan di dalam Islam
Artikel Berkaitan: Jika Diri Sudah Mula Malas Membaca Al-Quran, Ketahuilah Segala Kebaikan Yang Ada Pada Al-Quran!
Islam sendiri merupakan agama yang harmoni dan sangat tenteram. Islam merupakan agama yang memberikan ketenangan dan juga kedamaian jika anda pandai mencarinya. Jika seseorang individu itu memeluk Islam, pasti dia akan mendapatkan ketenangan di dalam hidup mereka. Sama juga seperti kita semua. Jadi terdapat beberapa faktor yang memberikan ketenangan pada anda:
1. Ingat pada Allah
Selalu lah beringat pada Allah kerana itu merupakan perkara utama buat umat Islam. Lebih-lebih lagi untuk mendapatkan ketenangan dan merasa tenteram. Ia sama seperti Allah berfirman dalam QA Ar-Ra’d ayat 28 bermaksud:
“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tentram.”
Mengingati Allah juga dimaksudkan dengan berzikir. Berzikir memuji Allah. Jika anda belum cuba, anda mungkin tidak akan rasa ketenangan itu. Cuma ambil masa sendiri untuk berzikir mengingati Allah agar lebih tentram. Nikmat yang dirasai sangat membantu diri anda yang sedang buntu.
2. Belajar untuk bersyukur dengan apa yang diberikan Allah.
Kita sebagai manusia, sering lalai dan terlupa kepada nikmat yang telah Allah berikan pada kehidupan kita. Jika kita lihat dan bersyukur dengan segala yang kita ada, pasti akan rasa tenteram dan tenang hati dan fikiran. Allah telah memerintahkan bahawa setiap Muslim di muka bumi ini perlu bersyukur kepada-Nya, sebagaimana firmannya:
“Maka ingatlah kamu kepada-Ku, pasti Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku.” (QS Al-Baqarah:152)
Juga di dalam surah An-Nisa ayat 147, bermaksud:
“Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (QS An-Nisa:147)
3. Taat kepada perintah Allah
Jika anda merupakan seseorang yang mengingati Allah dan taat pada perintahNya, pasti kehidupan anda akan rasa tenteram dan tenang. Jadi, mulakan dengan meninggalkan larangannya seperti bermaksiat atau berkata-kata buruk. Ini hanya akan membuatkan hati anda sempit, gersang, gelisah tidak tentu masa dan hati gundah. Jadi, hati yang sempit itu sukar untuk merasakan ketenangan dan tenteram. Belajar perlahan-lahan untuk mentaati perintah Allah dan berpaling daripada perkara yang dilarang olehNya.
4. Solat
Solat merupakan perkara yang wajib buat umat Islam, maka laksanakanlah solat 5 waktu. Jika keadaan solat anda dalam keadaan khusyuk, percayalah anda akan merasakan kepuasan di dalam diri dan menerima ketenangan jiwa dan ketenteraman hidup anda. Solat juga merupakan penghias dan penghibur buat diri anda seperti mana Rasulullah Saw rasakan.
5. Yakin dengan pertolongan Allah
Sebagaimana firman Allah pada Surah Ali-‘Imran ayat 126:
“Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai kabar gembira bagimu dan agar tentram hatimu karenanya. Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Artikel Berkaitan: Hati Gelisah & Tidak Tenang Permainan Syaitan, Amalkan Doa Ini Untuk Ketenangan Jiwa & Minda!
Apabila hati tidak tenteram, ini kerana anda selalu memikirkan tentangnya. Seringkali anda lupa bahawa Allah itu sentiasa di sisi anda. Anda perlu yakin bahawa cepat atau lambat pertolongan daripada Allah itu pasti. Jika anda mengingati Allah pasti akan mendapat ketenangan dan Allah mampu membantu hambaNya yang di dalam kesulitan dan berikan ketenangan abadi.
6. Bersama dengan orang soleh
InsyaAllah jika anda sentiasa mendekatkan diri dengan golongan yang ingin mendekatkan diri pada Allah pasti anda akan menikmati ketenangan itu. Anda juga akan menerima nasihat-nasihat yang berguna daripada mereka kerana mereka juga sentiasa mempercayai bahawa Allah SWT akan membantu memberi ketenangan kepada hambaNya.
Sumber: DNK TV JAKARTA
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI