Nama Sari Yanti tidak perlu diperkenalkan lagi. Figura genit yang memiliki keanggunan yang menawan kalbu serta senyuman yang mampu mencairkan hati setiap mata yang memandang.
Rasanya masih belum terlambat untuk admin ucapkan Selamat Hari Jadi kepada Sari Yanti. Semoga sentiasa dilindungi Allah, dimurahkan rezeki dan berbahagia di samping keluarga tercinta.
Seperti yang kita semua tahu, Sari Yanti telah pun berhijab sekitar Jun yang lalu. Admin akui, Sari Yanti kelihatan sungguh ayu dan manis apabila mengenakan hijab.
Gemar Gaya Yang Simple
Menyentuh tentang gaya ikatan tudung yang digemarinya, Sari akui dia selesa mengenakan gaya yang ringkas tetapi kemas. Menurutnya lagi, antara warna tudung yang disukai adalah warna coklat dan kelabu.
Tambahan pula dia sering membawa watak yang memerlukan dia untuk berhijab dan itu menguatkan lagi niatnya untuk berhijab. Sejujujurnya, Sari katakan niat berhijab itu datang sendiri tanpa paksaan.
Jep Ingat Sari Bertudung Kerana Bulan Ramadan
Kini, Sari lebih selesa berhijab. Tambahan pula suaminya, Jep Sepahtu juga menggalakkan Sari untuk berhijab.
Yang kelakarnya, Jep tahu Sari mula berhijab seminggu selepas itu. Itu pun apabila dia nampak Sari lebih banyak menghabiskan masa bersama telefonnya.
“Sebenarnya, saya pada ketika itu sedang membalas mesej kak Fynn Jamal yang mengucapkan tahniah di atas penghijrahan saya. Pada waktu itulah baru Jep tahu yang saya sudah berhijab sepenuhnya.
Jep ingat dia bertudung sekadar menghormati bulan Ramadan. Padahal tak pernah saya bertudung hanya kerana bulan Ramadan. Pada saya, nak bertudung tu biarlah ikhlas dan jangan buka-buka lagi selepas itu.”
Perbezaan Sebelum & Selepas Berhijab
Sari akui bahawa terdapat banyak perbezaan sebelum dan selepas dia berhijab terutamanya dari segi pakaian. Banyak baju di dalam almari yang sudah tidak sesuai dengan imejnya yang berhijab itu.
“Kita tidak boleh pakai apa sahaja yang kita suka selepas berhijab nie. Kena fikirkan sama ada pakaian tersebut sesuai atau tidak dengan imej berhijab saya.
Banyak benda yang saya belajar terutamanya dalam membetulkan cara hidup, semuanya ke arah gaya hidup sebagai seorang Islam.”
Suka Aura Positif Jep
“Pada saya, Jep adalah seorang yang mempunyai aura yang positif. Jarang saya lihat Jep bersikap negatif dan sekali gus buat saya juga mahu jadi seorang yang positif.
Selain itu, Jep juga seorang ketua yang bagus. Walaupun dia seorang pelawak, dia seorang lelaki yang tegas.
Kalau nak tahu, Jep juga sebenarnya seorang yang pemalu. Apa yang anda lihat pada kaca televisyen tidak sama dengan realiti. Itu membuatkan saya lagi tertarik dengan Jep.”
Doakan Kami Punya Zuriat Bersama
Ditanya mengenai anak bersama Jep, Sari Yanti amat teruja dan berharap akan memperoleh zuriat bersama Jep satu hari nanti. Sari juga berharap agar para peminat di luar sana mendoakan mereka dikurniakan cahaya mata cepat-cepat.
Sering memuat naik gambar berhijab sejak akhir-akhir ini, ahli kumpulan De Fam iaitu Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin,31, menimbulkan persoalan ramai dengan tindakannya itu.
Berkata pada Mstar, dia mengakui sudah lama memasang niat untuk bertudung dan keputusannya ini bukanlah secara tiba-tiba.
“Betul saya sudah berhijab. Alhamdullilah. Sebenarnya ini bukan keputusan yang tiba-tiba. Saya dah lama pasang niat tapi saya perlu lakukannya perlahan-lahan, bukan mengejut.. tak boleh nak terus berubah,” jelasnya.
Selain itu, dia memberitahu bahawa perjalanan hijrahnya itu dilakukan secara perlahan-lahan supaya dirinya benar-benar bersedia dan sentiasa istiqamah.
Cik Manggis turut mengakui perjalanannya menuju hijrah ini memang agak mencabar untuk ditempuhi. Pada awalnya, dia berjinak-jinak dengan memakai anak tudung dahulu sebelum berhijab sepenuhnya.
Ujarnya, memang agak sukar untuk dirinya mengubah imej kerana sudah terbiasa dengan gaya hidup sedia ada. Namun, niat yang semakin membuak-buak telah memudahkan urusannya untuk berhijrah.
Ketika ditanya mengenai penglibatannya bersama De Fam selepas ini, pelakon drama ‘Saka Sisters’ ini menjelaskan bahawa penghijrahannya tidak bermakna dia akan meninggalkan kariernya itu.
Menjawab persoalan mengenai persembahan De Fam yang sering dikaitkan dengan tarian ‘freestyle’ dan sebagainya, Cik Manggis mengakui tidak akan sekali-kali mengabaikan minatnya dalam arena tarian dan menganggap persembahan dalam De Fam sebagai sebuah aktiviti sukan.
Meskipun ada sesetengah netizen mempersoalkan keputusannya untuk berhijab, dia lebih selesa memilih untuk mengabaikannya dan menganggap yang mereka hanya berniat untuk mencari kelemahan dirinya semata-mata.
“Apa yang saya utamakan sekarang ialah ada kemajuan dalam hidup saya. Saya pun tak harapkan apa-apa dari orang lain sebab saya buat semua ini demi diri saya sendiri, bukan orang lain,jadi apa orang nak fikir, fikir la,” ujar isteri kepada Syazmin Firdaus ini.
Hidayah datang melalui mimpi, penyanyi, Ratu Balqis mengambil keputusan untuk berhijab dan lebih mendekatkan diri kepada Tuhan selepas mengalami mimpi aneh yang sama selama tiga hari berturut-turut.
Enggan menganggap ia sebagai mimpi buruk, bekas peserta program realiti, Mentor Milenia 2017 itu bagaimanapun mengakui ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada dirinya.
“Saya didatangi mimpi sama selama tiga hari berturut-turut, tetapi bukanlah mimpi menakutkan. Saya bermimpi ada sesuatu yang mahu disampaikan, seolah-olah Tuhan memberi petunjuk pada saya.
“Jujurnya, saya alami mimpi hingga saya sedih dan tertekan. Saya jadi putus asa dengan diri sendiri, apatah lagi memikirkan berjauhan dengan anak. Mimpi yang hadir seperti bersangkut paut dengan apa yang pernah berlaku dalam hidup saya.
“Jadi, Umi menasihatkan saya supaya tidak meninggalkan solat, belajar menutup aurat dan mendekatkan diri pada Allah kerana benda tak elok ini susah nak lekat apabila sentiasa dalam wuduk,
“Daripada saya melakukan kerja mengarut, saya putuskan belajar solat dan mendekat dirikan dengan Allah,” jelas Balqis,22.
Balqis bagaimanapun menjelaskan bahawa dirinya bukanlah berhijrah sepenuhnya sebaliknya masih dalam proses pembelajaran.
“Saya tak berani kata berhijab terus kerana saya masih dalam tempoh belajar. Semoga hati saya kuat untuk terus istiqamah, jadi saya minta semua mendoakan baik-baik untuk saya.
“Saya lebih tenang selepas berhijab. Tak kisah apa sahaja dugaan dan masalah yang datang, saya percaya semuanya ada jalan penyelesaian. Saya hanya bertenang dan banyak mendekatkan diri dengan Allah. Apabila kita sentiasa dekat denganNya, apa yang kita rasa susah itu semuanya ada jalannya,” katanya.
Jelas Balqis, ini bukanlah pengakhiran dalam kariernya sebagai penyanyi namun pastinya dia akan tampil dengan lagu yang bersesuaian dengan imejnya yang terkini.
“InsyaAllah, saya akan kembali menyanyi, tetapi saya perlu mencari lagu yang bersesuaian dengan imej bertudung,” jelasnya yang turut merancang menghasilkan lagu buat anaknya, Hamka.
Bekas penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman meluahkan rasa syukur apabila dua puterinya yang tersayang iaitu pelakon Oktovia Manrose dan Aprena Manrose kini sudah tampil dengan imej berhijab sepenuhnya.
Jelas Iwan, dia sering menasihati kedua-dua anak perempuannya itu namun tidak pernah memaksa mereka dalam soal mengenakan tudung.
Saya selalu jumpa anak-anak saya tarbiah. Saya kata ini rezeki kamu, kamu kena fikir bahawa rezeki ini berterusan kamu kena berubah. Bila dua orang anak saya Aprena dan Oktovia beritahu, papa saya dah tutup aurat. Alhamdulillah, bagus.
Tambah Iwan, dia hanya menasihati mereka namun yang mengubah dan menggerakkan hati mereka untuk berhijrah hanyalah kuasa Allah S.W.T.
Iwan juga berkata dia tidak pernah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak-anaknya meskipun sudah mempunyai keluarga sendiri.
Ujarnya, dia akan terus mendoakan agar anak-anaknya itu terus kekal istiqamah dalam penghijrahan mereka.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Sebut sahaja namanya, sudah pasti terbayangkan riak muka bibir mungil muncung dengan dengan dua jari diletakkan di bahagian pipi. Malah penampilan Vida yang sentiasa berani menggayakan busana-busana berat sentiasa membuatkannya Outstanding