Suka lihat penyanyi dan pelakon, Abby Abadi yang sudah berhijrah dan menemui jalan bahagianya bersama keluarga. Jelas terpancar cahaya kegembiraan di wajahnya yang menemui cinta barunya, suaminya sekarang yang dipanggil Jai. Kedua-duanya seperti belangkas kerana kemana sahaja pasti berdua.

Abby juga mempunyai cara tersendiri untuk berdakwah. Dia cukup aktif di laman instagramnya yang mempunyai follower 451K dengan berkongsi ilmu yang baik kepada pengikutnya. Bukan itu sahaja, Abby turut memberitahu segala aktiviti yang dilakukan bersama keluarga di lama IG ini dan rata-rata netizen memberi komen cukup positif.

Salam Zohor saudara2 ku❤️ . Apa sahaja yang dilalui dalam hidup ini, kuncinya adalah SABAR, REDHA & SYUKUR. Meskipun hati terluka, jiwa tersiksa, berendam air mata, terasa hidup bagaikan tiada makna bila diuji namun kuatkan kesabaran, redha dengan ketentuan dariNYA & bersyukurlah pada ALLAH. . ALLAH ada, ALLAH dekat, ALLAH sentiasa ada di sisi kita. Tunduklah padaNYA & merayulah dalam doa. . ALLAH menguji untuk mendengar rintihan kita. Bila kita sabar & redha, ALLAH akan berikan GANTI yang LEBIH BAIK. . ALLAH sayang kita sebab itu ALLAH uji. Mulanya PAHIT tetapi akhirnya MANIS. . “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang ; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk ;” [Surah al-Baqarah 2:45] . #MuhasabahDiri #JomHIJRAH #AbbyAbadi

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Dalam satu posting yang dimuat turut baru-baru ini, sempena cuti, Abby dan suaminya, Jai telah pulang ke kampung halaman Jai di  Kelantan. Abby nampaknya begitu rapat sekali dengan ibu metuanya yang dipanggil Ma. Menurutnya, jika tiada apa-apa urusan, mereka akan pulang menjenguk Ma yang sihat dan telah kehilangan suami setahun yang lalu.

Abby sangat menghormati ibu mertuanya yang akan dijenguk sesekali terutama jika tidak sibuk dengan pelbagai urusan. Bukan hanya berdua, tetapi Abby turut membawa dua anak daranya untuk menjenguk ibu suaminya di kampung.  Hubungan mereka dilihat sangat rapat dan ikatan ukhwah inilah yang mewujudkan rasa kasih sayang berpanjangan dalam keluarga mereka.

IKLAN

Netizen memuji cara Abby menghormati keluarga mentua seperti dia menghormati ibunya sendiri.  Bukan itu sahaja, mereka turut memuji sikap suami Abby yang begitu menyayangi ibunya dan menunjukkan contoh yang baik terhadap isterinya Abby serta anak-anak tirinya.

Komen netizen.

Justeru tidak hairanlah tiada kontroversi membabitkan pasangan sepanjang perkahwinan mereka sejak 2015 dan itulah sebenarnya rahsia mereka untuk menemui jalan menuju ke jannah. Abby juga dilihat sering menzahirkan kata-kata sayang dan ucapan terima kasih pada Jai yang menerima diri seadanya.

IKLAN

Malah Abby juga turut berkawan baik dengan bekas suaminya Norman Hakim dan Memey Suhaiza. Sebelum itu mereka telah mengadakan majlis persandingan bersama-sama sambil disaksikan tiga orang anak-anaknya bersama Norman sebelum itu.

Walaupun masing-masing sudah membawa haluan sendiri, tetapi hubungan kedua-dua belah keluarga tetap terjalin erat walaupun suatu ketika dulu pernah menjadi musuh. Tambahan pula anak-anak sudah semakin meningkat dewasa dan Abby kelihatannya sangat rapat dengan anak-anaknya, baik lelaki atau perempuan.

IKLAN

Admin paling suka lihat cara didikan Abby pada anak-anaknya kerana memberi bekalan ilmu bukan sahaja dunia tetapi juga akhirat. Hubungan mereka jugai sangat rapat dan patut dijadikan contoh kepada ibu bapa di luar sana dalam mendidik anak-anak.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ABBY ABADI

Artikel Berkaitan: Kelebihan Amal Surah Pengikat Kasih

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI