Macam-macam sakit dalam dunia ini, bukan sahaja merujuk pada keadaan fizikal tubuh badan. Tetapi juga dalaman. Misalnya sakit hati, marah, stres, tak bahagia atau dendam.

Sakit ini lebih kritikal jadinya jika tak dirawat dengan cepat. Apa kaedah terbaik untuk merawatnya kerana membabitkan hati dan perasaan.

Tahukah anda bahawa Rasulullah SAW jarang sekali ditimpa penyakit. Apa yang Baginda amalkan bagi memastikan diriNya sentiasa kekal sihat luaran dan dalaman. Ayuh kongsi info menarik di bawah.

Terapi Doa Untuk Sakit Fizikal

Suatu hari ada seorang sahabat Nabi SAW bernama Utsman bin Al Ash r.a. datang mengeluh sakit pada anggota tubuhnya sejak beliau masuk Islam. Lalu Rasulullah mengajarkan cara ini :

a) Letakkan tangan pada tempat yang sakit.

b) Baca bismillah tiga kali.

c) Baca doa ini tujuh kali > أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Jika anda mengalami sakit tertentu di bahagian tubuh seperti sakit kepala (migrain), dada, perut atau kaki, Rasulullah SAW menyarankan kita membaca doa ini:

Saat kita mengalami sakit yang tertentu di bahagian tubuh seperti kepala (migrain), dada, perut atau kaki, Rasulullah SAW menyarankan kita membaca doa ini :

“Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit dan bacalah Bismillah tiga kali, lalu bacalah (Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan).”

– HR. Muslim

Terapi Kesihatan Dalaman Untuk Jiwa Yang Sakit

Ramai orang tidak sedar tentang jiwa yang sakit.  Mengikut kajian, jiwa yang sakit atau stres akan menyebabkan timbulnya penyakit-penyakit lain secara tidak langsung seperti serangan jantung, darah tinggi atau strok.

Usah risau kerana Rasulullah mengajarkan amalan ini jika berhadapan dengan sakit membabitkan bahagian dalaman.

1# – Tenang & Kurangkan Marah

Nasihat Rasulullah SAW yang menyatakan tentang ‘jangan marah’ diulang sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan seorang mukmin bukanlah terletak pada jasad, namun lebih kepada kebersihan jiwa.  Bayangkan Rasulullah SAW turun memberi 4 cara supaya kita dapat tenangkan diri dan menahan perasaan apabila dilanda kemarahan dalam satu situasi.

Dengan cara mengubah posisi ketika marah. Jika berdiri, hendaklah kita duduk dan apabila marah masih lagi membara, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan.  Jika tidak berkurang juga, segera ambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan dan menghilangkan gundah di hati.

 2# – Banyakkan Sabar, Istiqamah & Tawakal Kepada Allah SWT

Banyak orang apabila ada masalah, mereka mencari makhluk.  Kurang menjenguk dan berdoa kepada Allah.  Walhal kuncinya adalah rujuk Allah terlebih dahulu.  Sabar, istiqamah dan tawakal merupakan kunci yang berikan kesan emosi yang mendalam bagi kelapangan jiwa.

3# – Jangan Ada Rasa Iri Hati

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan hati, semestinya kita perlu jauhi sifat iri hati. Berdoa “Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

4# – Memaafkan Orang

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut.  Memaafkan orang lain umpama membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.  Sesetengah orang mungkin sukar nak maafkan namun perlu faham memaafkan bukan bermaksud membenarkan orang tersebut melakukan kesalahan yang sama pada kita.  Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan akan lebih sihat.

SUMBER: TIPWANITA.COM