Tinggal beberapa bulan sahaja lagi seluruh dunia akan dapat merasai momen kelahiran Siti Jr. yang memang dinantikan selama ini. Bayi yang akan lahir dijangka Mac ini bukan sahaja akan membahagikan ibu dan ayahnya, tetapi juga seluruh peminat penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Jiwa. Bayi yang selama ini ditunggu-tunggu  kehadirannya ini begitu istimewa kerana hasil kesabaran menanti selama ini. Setelah puas berdoa, berusaha dan bertawakkal, akhirnya Tuhan mengurniakan anugerah terindah dalam hidup Siti.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

11 TAHUN TAK HENTI-HENTI BERDOA

Lewat temubual tengah hari itu sempena pelancaran cawangan Butik Ariani dan Jakel di Ostia Bangi, Siti turut berkongsi pengalamannya yang selama ini tidak putus-putus berdoa dan mencuba pelbagai cara untuk hamil. Dia sekalipun tidak pernah rasa putus asa kerana baginya Allah akan beri pada masa yang sesuai dan tepat sekali.

“Sepanjang 11 tahun Siti tak pernah berhenti berdoa untuk hamil. Sebelum ini Siti pernah hamil tetapi mengalami keguguran. Waktu itu Siti tak menangis kerana Siti tahu Allah itu mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

A post shared by GALERI ARIANI (@galeriariani) on

“Dan Dia berikan rezeki untuk Siti pada waktu yang sangat tepat. Apabila anak-anak lain juga sudah besar dan rumah kami mula sunyi dan hanya ada cucu seorang yang menemani. Akhirnya alhamdulillah Siti hamil melalui kaedah IVF,” ujarnya rancak bercerita.

TERKEJUT RASAI TENDANGAN BAYI BUAT KALI PERTAMA

Menurut Siti bagi pasangan yang belum dikurniakan anak lagi jangan cepat putus asa. Teruskan berdoa ditambah dengan usaha dan juga tawakkal.

Artikel Berkaitan: Siti Hamil Guna Kaedah IVF Setelah 11 Tahun Menanti

“Kita perlu sentiasa bersikap positif dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Semua yang berlaku adalah dariNya dan Allah itu perancang terbaik. Insya-allah setelah kita lakukan segala-galanya dan kemudian bertawakal kepada Allah,” tambahnya lagi.

IKLAN

Biarpun diizinkan Tuhan hamil di usia agak lewat (akhir 30-an), tetapi Siti bersyukur kerana dapat merasai pengalaman bergelar ibu.

A post shared by GALERI ARIANI (@galeriariani) on

“Oleh kerana usia kandungan sudah masuk 7 bulan, jadi saya sedikit penat. Tetapi saya seronok melalui momen sepanjang kehamilan ini. Pertama kali merasai tendangan bayi saya sendiri, Siti akui terkejut.

“Ada masanya bayi Siti sangat aktif dan ada masanya dia senyap sahaja. Biasanya waktu malam bayi akan aktif dan kadang-kadang kita dapat lihat perut seperti ombak. Setiap kali saya nak rakam pandai pula dia buat macam biasa tak ada apa-apa.

“Walaupun begitu, Siti masih mampu tidur lena. Oleh kerana perut sudah makin membesar, Siti akan duduk dulu sebelum baring seperti biasa. Kadang-kadang Siti boleh tertidur dulu ketika duduk kerana Siti sering rasa reflux dan heartburn. Siti juga sudah buat detail scan pada usia kandungan 6 bulan untuk lihat perkembangan tulang, tangan, perut jantung dan sebagainya.

IKLAN

A post shared by GALERI ARIANI (@galeriariani) on

“Alhamdulillah, semuanya normal dan doktor bagi tahu bayi membesar mengikut perkembangan yang sepatutnya. Kali terakhir berat bayi adalah 1.8 kilogram dan ia akan bertambah lagi sebelum kelahiran nanti. Dokor anggar berat mungkin akan jadi 3 kilogram,” jelas Siti yang memberitahu buat masa ini perasaannya masih seperti biasa lagi.

ADA TENGOK PROSES KELAHIRAN DI YOUTUBE

“Oleh kerana masih ada dua bulan lagi, jadi perasaan Siti masih seperti biasa. Belum ada rasa gementar, bimbang atau takut. Cuma buat masa ini siti banyak juga lihat video tentang proses kelahiran di laman youtube. Walaupun ada yang kata jangan tengok, tetapi saya Cuma nak tahu caranya bagaimana.

“Seperti ibu-ibu lain, Siti juga akan menyusukan sendiri baby Siti. Walaupun Siti akui tugasan ini agak tough setelah melihat kegigihan menantu, Tya Ariffin yang begitu berdisiplin setiap kali tiba waktu untuk menyusukan anaknya. Dia akan kunci jam setiap dua jam untuk memastikan anaknya dapat menyusu pada waktu ditetapkan. Ini yang buat Siti sedikit nervous dan Siti rasa tanggungjawab menjadi ibu itu sangat besar sekali.

A post shared by GALERI ARIANI (@galeriariani) on

IKLAN

“Tetapi Siti tak akan miss momen ini. Insya-Allah Siti akan memberi penyusuan eksklusif pada bayi yang bakal lahir ini nanti. Begitu juga dengan detik untuk menjalani tempoh berpantang nanti. Siti akan menjalani pantang secara tradisional dengan memanggil seorang makcik dari Pantai Timur untuk menjaga sepanjang tempoh 44 hari itu nanti. Kalau boleh memang nak mak Siti yang jaga, tetapi mak Siti pun sudah berusia.

“Manakala untuki persiapan lain pula, Siti dan suami masih belum kesempatan untuk membeli barangan perabot bayi lagi. Cuma Siti ada menerima banyak hadiah barangan berupa pakaian dari peminat semua. Siti anggap ini adalah rezeki dan tanda kasih dari peminat. Siti amat hargainya kerana tanpa mereka siapalah Siti sebelum ini,” jelasnya yang dijangka melahirkan bayi perempuan Mac ini, sambil tersenyum.

A post shared by GALERI ARIANI (@galeriariani) on

HADKAN AKTIVITI SENI

Menurut Siti juga, beliau akan berpantang di rumahnya di Kuala Lumpur. Siti juga memberitahu buat masa ini aktiviti seninya terhad dan hanya akan kembali aktif menyanyi setelah melahirkan anak nanti.

Sementara untuk projek Creacion dengan pihak Jakel, Siti sudah memulakan perancangan sejak Disember lagi dengan mereka baju dan cari material. Beliau turut berharap koleksi baru itu nanti akan dapat memenuhi citarasa pelanggan setianya.

A post shared by GALERI ARIANI (@galeriariani) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK & GALERI ARIANI

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI