Meluntur buluh biarlah dari rebung dan ada juga yang mengatakan kita adalah cerminan dari ibu bapa kita. Bagi ibu bapa yang menghadapi kesukaran untuk mengajar anak-anak mendirikan solat masih belum terlambat untuk berusaha dan jangan biarkan mereka hanyut tanpa bimbingan.
Jangan sesekali mengasari dengan perbuatan mahupun percakapan. Perhalusi dengan kata-kata iringkan dengan doa yang bersungguh-sungguh dan jangan berputus asa.
Ustaz Iqbal Zain berkongsi cara bagaimana membuat anak-anak solat dengan kesedaran mereka sendiri tanpa perlu disuruh dan dimarah?
Seorang sahabat pernah bercerita:
Aku menceritakan satu kisah yang terjadi padaku. Anak perempuanku yang berumur 16 tahun, solat baginya adalah hal yang sangat berat. Pada suatu hari aku berkata kepadanya,
“Bangun solat subuh”, dan aku mengintainya dengan ekor mataku.
Aku melihatnya mengambil sajadah, kemudian melemparkannya ke lantai sudut biliknya. Lama kemudian ia keluar. Aku bertanya kepadanya, “Apakah kamu sudah solat?”
Ia menjawab, “Sudah”
IKLAN
Kemudian aku mencubitnya kerana berbohong. Aku benar-benar marah padanya, aku denda dia dan aku menakut-nakutkannya akan siksa Allah, tapi ternyata semua kata-kataku itu tidak ada yang menakutkannya.
Suatu hari, seorang sahabatku bercerita suatu kisah. Suatu ketika ia berkunjung ke rumah seorang saudara dekatnya. Ketika datang waktu solat, semua anak-anaknya langsung bersegera melaksanakan solat tanpa diperintah.
Aku lalu bertanya, “Bagaimana anak-anak kamu solat dengan kerelaan mereka tanpa disuruh?”
Ia menjawab,
IKLAN
“Ada satu doa, sebelum aku menikah aku selalu amalkan dan sampai saat ini pun aku masih tetap berdoa dengan doa tersebut dalam sujudku, saat sebelum salam, ketika solat witir, dan di setiap waktu yang mustajab”
Demi Allah wahai saudaraku. Anakku saat ini telah bekerja sejak aku berdoa dengan doa itu. Anakku itulah yang rajin membangunkan kami dan mengingatkan kami dan adik-adiknya untuk solat.
Alhamdulillah, mereka semua selalu menjaga solatnya. Sampai-sampai neneknya bertandang ke rumah kami, ia tercengang melihat anak perempuanku bangun pagi, kemudian membangunkan kami untuk solat subuh.
Jadi doa apa yang sebenarnya dibaca? Doa itu adalah dari Surah Ibrahim ayat 40:
“رب اجعلني مقيم الصلاة ِﻭَﻣِﻦ ﺫُﺭِّﻳَّﺘِﻲ ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﻭَﺗَﻘَﺒَّﻞْ ﺩُﻋَﺎﺀ”
“Ya Robbku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat. Ya Robb kami , perkenankanlah doaku” (Surah Ibrahim: 40)
Ya saudara-saudaraku semua, berdoalah untuk anak kita semua. Sebagaimana kita semua tahu bahwa doa ialah senjata seorang mukmin. Kirimkan tulisan ini agar lebih ramai orang yang mengambil iktibar. Semoga Allah merahmati orang yang bersedia untuk dikongsi bersama.
Bacalah selalu doa ini untuk anak-anakmu, biidznillah mereka akan selalu berada dalam penjagaan dan perlindungan Allah Ta’ala . Aamiin Allaahumma Aamiin.
Sumber: FB Ustaz Iqbal Zain
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Semakin meningkat dewasa pasti kita akan memikirkan mengenai perkahwinan. Dalam mencari calon dan cinta sejati, banyak perkara yang perlu kita fikirkan selain daripada itu. Apakah erti perkahwinan itu sebenarnya? Menerusi perkongsian @zoeyjijul di twitter, dia telah berkongsi kisah menarik mengenai pesanan abang iparnya. Jom kita baca.
Sampai sekarang terkenang…
Boleh tak nak sara kakak aku ni?
Perlu tajdid niat sebelum melakukan apa-apa. Dapat petunjuk melalui mimpi.
Bukan semudah itu sebuah perkahwinan.
Betullah katanya, setiap kejayaan seorang lelaki itu pasti ada seorang wanita di belakangnya. Sama-samalah kita berusaha mengejar keredhaan Allah dan jangan pernah hilang harap padaNya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kita tidak boleh menafikan diskriminasi yang berlaku terhadap umat Islam khususnya di negara barat. Meskipun masyarakat dunia kini sudah bersikap terbuka, namun masih ada yang memberikan tanggapan buruk terhadap masyarakat Islam.
Seperti yang berlaku kepada Noor Alexandria Abukaram,16, hancur hatinya apabila lariannya sewaktu acara sukan di sekolahnya, Sylvania Northview High School di Ohio dibatalkan hanya kerana dia berhijab.
Dia berasa pelik apabila melihat namanya dia tiada papan permarkahan sejurus dia menamatkan larian. Menurut pihak sekolah, lariannya dibatalkan kerana pemakaiannya sewaktu larian tidak menurut peraturan yang ditetapkan.
“Ia adalah seperti mimpi ngeri apabila anda harus bertanding dan mengetahui penyertaan anda dibatalkan dan ia disebabkan sesuatu yang anda cinta. Kenapa perlu anda korbankan agama dan sebahagian dalam diri anda untuk berlari, demi melakukan sesuatu yang sangat mengujakan anda?”
Alexandria yang juga aktiviti dalam sukan bola sepak memberitahu CNN selama ini tiada siapa pernah menegurnya mengatakan pemakaian hijabnya itu melanggari kod pemakaian sewaktu bersukan.
Dia pernah mengandaikan perkara seperti ini mungkin berlaku namun tidak menyangka ia terjadi sewaktu di tahun ketiga dia bertanding.
Walaupun tidak memenangi larian itu, namun dia telah menamatkannya dengan catatan peribadi terbaik iaitu 22:22.
Dia juga rasa sangat sedih untuk menjelaskan perkara tersebut pada bapanya kerana ibu bapanya sentiasa memberikan sokongan yang padu mengenai hijabnya.
“Hijab adalah seperti hidung saya. Ia sangat penting dan merupakan sebahagian daripada saya. Terpaksa menanggalkannya demi sesuatu perkara lain amatlah mengecewakan saya. Ia bukanlab sesuatu yang ingin saya korbankan demi sebuah pertandingan,” jelasnya.
Menurut Ohio High School Athletic Association, pelari yang berhijab perlulah mendapatkan pengecualian jika mahu bertanding. Walau bagaimanapun, mereka bercadang untuk menggubal undang-undang ini agar pelari berhijab dapat turut serta bertanding seperti yang lain tanpa memerlukan pengecualian.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Buat para wanita yang berhijab pasti sukar buat anda untuk menjaga rambut. Pakai tudung sahaja sudah melebihi 4 jam setiap hari. Tahukah anda, jika anda rajin untuk merawat dan menjaga rambut anda pasti tiada masalah rambut walaupun berhijab!
Walaupun bertudung tetapi penjagaan rambut itu sangat penting ya. Ramai yang mengalami rambut kering. Ini akan memudahkan rambut anda cepat rosak apatah lagi rambut gugur di lantai. Pasti anda stres apabila nampak rambut dilantai bilik. Hampir hari-hari kena sapu bilik. Betul tak? Apabila mengalami keadaan seperti ini baru lah anda ingin mencari-cari di mana jalan penyelesaiannya. Jangan risau, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan rambut kering.
Jadi ini adalah beberapa faktor yang menyebabkan rambut anda kering adalah rambut terlalu lama berada di bawah matahari. Walaupun anda memakai tudung, tetapi apabila anda berada lama di bawah matahari ia akan memberi kesan juga. Terutama sekali apabila anda cepat berpeluh. Selain itu, penggunaan syampu rambut yang mempunyai banyak bahan kimia juga menyebabkan rambut anda kering. Seperti Silikon, SLS dan SLES.
Selain itu, faktor persekitaran juga mempengaruhi kesuburan rambut seseorang itu. Di mana jika anda sentiasa berada di kawasan yang penuh dengan asap jadi rambut anda akan terdedah dan menyebabkan rambut anda rosak. Selain itu, mungkin disebabkan anda selalu mewarna rambut yang menyebabkan rambut anda kering. Oleh kerana di dalam pewarna rambut selalunya mempunyai bahan yang menyebabkan rambut anda kasar dan kering. Penggunaan perapi juga menyebabkan rambut anda kering dan kasar disebabkan mempunyai bahan kimia di dalamnya. Akhir sekali, apabila anda tidak keringkan rambut sepenuhnya sebelum memakai tudung. Ia juga menyebabkan rambut berbau.
Terdapat 5 bahan untuk mengatasi masalah rambut kering & rosak.
1. Minyak Zaitun
Minyak zaitun sangat terkenal dengan pelbagai kebaikan dan khasiatnya. Jadi buat rambut pula ia dapat membantu dalam mengawal minyak pada rambut anda dan kulit sensitif. Apa yang anda perlu lakukan adalah lumurkan minyak pada kulit kepala dan peram ia. Tip untuk melebatkan rambut juga anda boleh panaskan minyak zaitun dan lumur pada kulit kepala selama 30 minit.
2. Cuka Epal.
Cuka epal sangat terkenal di kalangan rakyat Malaysia. Menurut pakar rambut ada 4 langkah yang perlu anda lakukan apabila menggunakan cuka epal pada rambut:
Pastikan anda sediakan 1 cawan air suam dan pastikan anda memasukkan satu sudu besar cuka epal. Kemudian kacau untuk sebati.
Pastikan anda mandi dan syampu rambut anda seperti biasa. Jangan gunakan syampu sintetik.
Seterusnya, selepas anda membilas rambut, pastikan untuk ratakan bilasan cuka epal tersebut ke seluruh kepala anda dan lurut kan ia sampai ke hujung rambut.
Seterusnya basuh sehingga rambut anda bersih.
Pastikan anda melakukannya seminggu sekali dan pasti anda akan lihat kesannya.
3.Putih telur & air
Rupanya telur juga memberi khasiat untuk melembapkan rambut anda daripada kering. Caranya adalah anda pecahkan telur dan pastikan untuk asingkan telur kuning. Selepas itu, pastikan anda memasukkan air bersama telur putih dan kacau sehingga rata. Akhir sekali, lumur serta urut kepala rambut selama 30 minit. Akhir sekali bilas sampai bersih ya!
4. Lidah Buaya
Ambil tanaman lidah buaya yang berada di kawasan rumah anda tu gunakan untuk rambut. Lidah buaya atau dikenali sebagai ‘aloe vera’ ini mempunyai sangat banyak manffat ya. Ia boleh membantu merawat rambut kering anda itu. Anda hanya perlu membuang kulit dan ambil isinya ke kulit kepala. Teksturnya sangat lembut dan sejuk tau. Mesti seronok je kulit kepala anda.
Rupanya santan ini sangat efektif untuk merawat rambut secara turun temurun. Selain itu, warga India juga menggunakan santan asli untuk merawat masalah rambut mereka. Caranya sangat mudah, anda perlu mengambil santan yang diperah dan pastikan ianya santan kelapa tua dan bukan santan kelapa muda. Selepas itu, lumurkan pada kulit kepala anda. Kemudian biarkan selama 5 ke 10 minit dan cuci kepala anda sehingga bersih. Tetapi satu kekurangan tentang santan ini adalah baunya yang kurang menyenangkan.
Sebagai penutup, pastikan anda sentiasa mengamalkan penjagaan rambut. Terutama sekali buat mereka yang berhijab. Lakukan dengan kerap supaya anda dapat kekalkan rambut dengan cantik dan juga rambut sihat sentiasa. Pasti rasa seronok mempunyai rambut yang sihat dan cantik. Tak ada rasa malu apabila membuka tudung di rumah.