Setiap buah-buahan atau sayuran termasuk ulam-ulaman yang kita ambil pasti ada khasiatnya yang tersendiri. Banyak petua alami yang boleh kita dapat daripada sumber alam ini. Soal keselamatan juga diyakini dan dijamin selamat kerana ia adalah tanaman semulajadi.

Misalnya buah oren, dikatakan berfungsi sebagai vitamin C terbaik buat kita. Begitu juga khasiat timun yang boleh mencegah penuaan dan juga tekanan darrar tinga. Sama juga dengan pisang mampu memberi kita energi berpanjangan dan juga melawaskan sistem penghadaman.

Tetapi tahukan kita khasiat buah terung. Dengan rupanya yang tidak begitu menarik dan rasanya kurang mampu membuka selera kita, pasti ramai yang tidak tahu khasiat di sebalik sayuran yang berwarna ungu di luar putih di dalamnya.

Biasanya dalam menyediakan sajian, terung dijadikan pilihan untuk dibuat pajeri ataupun sebagai tambahan dalam sayuran dalca. Ada jenis terung berbentuk bulat dan ada juga lonjong.

IKLAN

Tahukah kita bahawa terung juga mempunyai kuasa yang dicipta Maha Kuasa untuk sekelian umat manusia. Menurut Doktor Rizal Abu Bakar yang dikongsi di laman sosial, facebooknya pada sebatang terung mempunyai anti oksida dan namanya adalah anthocyanins.

IKLAN

Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa anthocyanins ini membantu elak kehilangan memori. Namun begitu ada cara tertentu yang digunakan daripada terung untuk mengatasi masalah itu.

IKLAN

Bukan såja boleh dimakan mentah, sebaliknya kita boleh menjadikan ia sebagai sajian enak. Caranya adalah dengan menyediakan 2 cawan terung yang dipotong kiub di mana ia membekalkan 1500mg anthocyanins. Kemudian grill atau bakar sahaja terung berkenaan. Sapu sedikit dengan minyak zaitun sebelum membakarnya. Enak dimakan begitu saja ataupun bersama nasi dan sajian lain.

Menurut Doktor Rizal lagi, terung juga turut bertindak sebagai brain booster dan jangan ragu-ragu untuk memastikan terung menjadi salah satu bekalan sayuran wajib ada di dapur anda. Jadikan terung sebagai pemain utama dapur anda kerana khasiatnya cukup tinggi terutama untuk otak.

BACA JUGA ARTIKEL INI: Ini Antara Khasiat Makan Kaki Ayam

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI